Kenapa Makan Mangga Waktu Pagi, Masa Perut Kosong?

Lepas Isyak malam keluar sekejap. Cari mangga. Dok terbayang isi warna kuning oren tu. Bau harum mangga macam dik mencucuk masuk ke hidung.

Dah lama tak makan. Rancang nak makan buat sarapan. Masuk dalam Greek Yogurt campur madu.

Mangga ni macam booster otak waktu pagi. Banyak sangat nutrien penting untuk otak ada dalam mangga.

Bab paling menarik mangga ni ada hampir 12 anti oksida.

Ikut laporan jurnal Comprehensive Reviews in Food Sciences and Food Safety tahun 2008 antara anti oksida mangga adalah mangiferin, catechins, quercetin, kaempferol, rhamnetin, anthocyanins, gallic and ellagic acids, propyl dan methyl gallate, benzoic acid, serta protocatechuic acid.

Mana nak dapat lambakan anti oksida macam ni. Mangga jer ada.

Dalam jurnal yang sama disebut mangiferin dapat bantutkan perkembangan sel kanser dan bantu penyakit jantung.

Contoh kehebatan mangga ni untuk keperluan harian atau KH:

1. Vitamin C: 67% dari KH ada pada mangga. Banyak tu. Ambil buah lain sikit kita kita dah top up dan sempurnakan keperluan tubuh untuk hari tu. Vitamin C ni penting untuk sistem imun dan kulit cantik.

2. Copper: 20% KH. Copper yang tidak cukup boleh sebabkan penyakit neurologi seperti neurological disorders including Alzheimer’s, Parkinson’s, Menkes’ and Wilson’s. Pastikan Copper cukup untuk otak.

3. Folate: 18% dari KH. Penting untuk halang plak beta amyloid berkumpul di otak. Beta amyloid,ikut kajian sebabkan penyakit nyanyuk.

Kajian dari Human Nutrition Research Center on Aging, Tufts University, tahun 2004 kaitkan kekurangan folate dengan kemurungan.

4. Vitamin B6: 11.6% dari KH. Penting untuk perkembangan otak.

B6 sangat penting dalam penghasilan neurotransmitters yang kawal emosi kita macam serotonin, dopamine and gamma-aminobutyric acid (GABA).

Kena rajin rajin ambil makanan ada B6 ni.

5. Riboflavin: 5% dari KH. Roboflavin ni bersifat neuroprotective. Dia jaga sel otak.

Kalau kita termakan makanan ada MSG, riboflavin akan bantu redakan gangguan lambakan glutamate. Bahasa sainsnya disebut glutamate excitatory.

Makanan Tidak Berkhasiat

Bacaan detailnya boleh rujuk di Frontiers of Neurology tahun 2017.

6. Niacin: 7% dari KH. Niacin ni macam petrol untuk kenderaan. Dia bekalkan tenaga pada mitochondria dalam sel otak. Kalau tak mahu rasa letih ambil makanan ada niacin.

Sebab itu saya ambil coco OCOC waktu pagi sebab kandungan niacin ni.

Kalau kita tengok mangga ni bukan besar sangat. Tapi power pada nutrisinya Subhanallah. Hebat.

Kalau nak makan mangga lepas ni makanlah waktu pagi. Masa perut kosong.

Baru kita akan rasa bezanya. Cubalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Gangguan Fungsi OTAK Punca Epilepsi

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

Scroll to Top
0