6 Tips Kekalkan Motivasi Ketika Mahu Kurus

Ramai mahu kurus. Ada yang yang jalan mudah. Ada yang bersusah.

Pelbagai kaedah dicuba. Ada sahaja sebut pasal ubat kurus pasti terliur mendengarnya.

Habis semua dicuba.

Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet bertukar ganti. Semua dicuba.

Harapan menggunung tinggi. Moga moga berjaya.

Kejayaan pelbagai. Ada berjaya sekejap. Ada berjaya terus.

Untuk berjaya perlu ada sistem. Perlu ada cara.

Ada 6 cara MUDAH untuk pastikan momentum motivasi terus tinggi:

1. SEMAK PROGRES

Perlu catit apa yang kita makan. Catat masanya. Setiap detail perbuatan diambil kira.

Timbang setiap hari. Dengan menimbang kita secara umumnya tahu makanan apa kurang sesuai dengan tubuh kita.

Walaupun disebut makanan itu bagus untuk kuruskan badan.

Kita juga akan tahu masa yang sesuai serta aktiviti yang sesuai kita lakukan.

2. BUAT BERSAMA

Kejayaan akan mudah tercapai apabila dibuat bersama.

Bukan seorang diri. Kenapa?

Di saat momentum mula menurun, kita ada kawan yang akan sentiasa beri semangat.

Atau apabila sahabat makin baik progresnya kita juga terangsang untuk terus bertindak.

3. TUKAR RUTIN

Rutin yang biasa kita lakukan sebabkan kita membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.

Selagi kita terus lakukan rutin begitu selagi itulah kita akan terus terperangkap.

Cari rutin lain. Lihat dan belajar dengan orang berjaya tukarkan rutin mereka.

4. SENAMAN WAKTU PAGI

Senaman penting. Diet tanpa senaman tidak membawa ke mana.

Ramai yang bersenam setelah pulang kerja. Lebih buruk apabila bersenam waktu malam.

Waktu mana yang sesuai?

Waktu pagi lebih sesuai kerana hormon yang keluar seperti endorfin dan serotonin boleh bantu bina semangat.

Motivasi tinggi. Kerja lebih berprestasi.

5. ELAK MAKANAN TIDAK SIHAT

Selalunya aabila kita mahu cuba diet baharu, makanan tidak sihat masih bersisa di rumah.

Keluarkan semuanya. Tidak perlu lagi beli makanan makanan proses.

Apabila tidak ada, kita tidak akan terjerumus kembali untuk makan makanan tidak sihat.

6. BINA RANCANGAN DIET YANG REALITISTIK

Seperkara yang perlu diambil kira ialah rancang diet secara realistik.

Bukan ikut suka. Bukan ikut ikutan. Sukat dengan kemampuan diri.

Untuk turunkan berat badan 80% adalah psikologi. 20% adalah strategi.

Kuatkan aspek psikologi. Cari teman yang saling kuat dan menguatkan. Bukan yang meruntuh.

Selamat berjaya.

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0