Kita & Otak

“Kenapa perlu jaga otak?”

Soalan yang tersembur keluar dari anak muda yang duduk di sebelah saya tadi.

Katanya dia mengenali saya dari FB. Katanya saya banyak berbicara tentang otak.

“Perlu ke saya jawab? Saudara sudah menekuni FB saya. Jawaban sudah ada di sana?”

Balas saya.

“Ya perlu. Secara verbal. Lebih menarik.’ Katanya lagi.

Mungkin ada baiknya saya gunakan ruang ini untuk menambah faham anak muda ini.

“Begini,’ kata saya memulakan jawaban pada persoalan ringkas beliau.

Otak adalah raja bagi tubuh badan manusia.

Jantung yang tidak berfungsi, ada alatan mekanikal boleh mengganti.

Otak tiada pengganti.

Mati otak atau brain dead, manusia akan diisytihar mati.

Raja yang mati tidak mungkin boleh mengarah tentera dan rakyatnya.

Tidak ada ketua, porak peranda jawabnya. Siapa yang berkuasa?

Tiada pengarah filem tidak berjalan. Produksi terhenti.

Begitu juga tubuh manusia.

Adik beradik yang bergaduh, ibu bapa yang bercerai, badan yang sakit, gagal peperiksaan, tidak mampu menguasai apa yang dibaca, ada peranan OTAK di dalamnya.

Bayi yang dibuang oleh sang ibu di dalam tong sampah atau ditinggal di tandas, ada peranan OTAK di dalamnya.

Bayi yang menangis, makanan yang dilihat sedap ada peranan otak di dalamnya.

Ada pelbagai bahagian di dalam otak. Setiapnya ada peranan.

Andai salah satu tidak berfungsi dengan baik, dapatkan bahagia dan tenang dimiliki?

Tanpa menunggu jawaban dari anak muda itu, saya teruskan sesi ceramah.

Punca perbalahan manusia, sakit manusia, tiada motivasi contohnya, ada jawaban di dalam OTAK.

Basal Ganglia, yang terletak (lebih kurangnya) pada bahagian atas telinga manusia yang tidak aktif adalah punca manusia hilang motivasi.

Risau sang ibu yang mengandung anak luar nikah menyebabkanya meninggalkan anaknya di tempat yang tidak tergambar oleh akal sihat manusia.

Puncanya? Risau yang berlebihan yang tempatnya di Basal Ganglia yang terlalu aktif.

Orang yang berulang-ulang mengambil dadah kerana di Basal Ganglia inilah letaknya tempat nikmat.

Andai ia menjadi aktif ketagihan menjadi-jadi.

Orang obes yang tidak dapat berhenti makan, di sinilah juga tempatnya.

Basal Ganglia merayu-rayu pemiliknya meminta makan.

Andai pemiliknya makan, berat badannya terus meningkat.

Puncanya ialah kurangnya gamma-Aminobutyric acid atau GABA berkurangan. Pengambilan suplemen GABA boleh membantu.

Penting untuk mengetahui tentang OTAK.

Pengetahuan tentang kesihatan OTAK boleh membawa kepada tenang dan bahagia.

Bukankah itu yang kita dambakan?

Berminat untuk tahu tentang Ilmu OTAK secara online?

Masukkan email dalam ruangan yang disediakan.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0