Kalau Stress Nak Makan Apa?

Petang tadi ada mesej masuk. Mudah bunyinya. “Hang bagitau sat kalau stress nak makan apa?”

Soalan dari Sirrul. Rakan semasa belajar dahulu. Sirrul orang di sebuah GLC.

Sirrul bukan book smart. Dia street smart. Pencapaian akademik biasa-biasa sahaja. Tapi apabila diberi projek pasti gemilang dibuatnya.

Adat berjawatan besar, stresnya juga menggunung. Sirrul berasa stresnya di puncak. Perlu dibawa turun.

Tinggi sangat. Jenuh melangut katanya cuba bergurau.

Soalan Sirrul ringkas.

Jawapan mungkin mengundang lebih dari seratus muka surat.

Jawapan pendek dikhuatiri mengundang salah faham.

Ambil suplemen (baca makan seperti soalan di atas). Bertindak sebagai prevensi. Faktor menghalang.

Antara yang wajib ambil ialah B Complex.

Ia bagus untuk otak serta sistem saraf belakang.

Ia juga mampu menghalang kehilangan memori.

Selain dikenali sebagai vitamin ‘anti stres’, vitamin B seimbangkan mood serta bekalkan tenaga.

Sebelum ambil sila rujuk doktor. Buat FBE atau Full Blood Examination. Nanti apabila ambil, dos yang diberi sesuai dengan keperluan badan.

Yang di Shah Alam boleh berhubung dengan Dr Nor Azima Mohd Razalli. Di JDT, cuba call Dr Azlee Ahmad. Yang di Terengganu boleh juga hubungi Dr Noorfadzliana Mahusin. Kalau di Kuantan, tanya DrMizam Baha. Mereka boleh bantu.
.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ketahui 7 Kebaikan Bendi Untuk Kesihatan Lelaki

Ketahui 10 Cara Tingkatkan Imun Badan Anak!

Manggis – 9 Khasiat Penting Buah Ini Anda WAJIB Tahu!

Ini 7 Resepi Masakan Guna Garam Celtic Sea Salt

11 Tips Tingkatkan Metabolisme Badan Untuk Kurus

9 Khasiat Daun Pegaga Ramai Tak Tahu

Scroll to Top