Bagaimana Untuk Buang Wax Pada Kulit Apple?

Tengahari waktu sibuk. Ada keluar makan. Ada ambil anak balik sekolah. Ada juga makan di ofis.

Makanan pula pelbagai. Ikut selera. Atau ikut apa yang ada.

Lepas zohor tadi aku lepak di masjid. Kebetulan ada rakan. Mahu ajak berbual sebelum masuk ke ofis semula.

Dalam berbual dia keluarkan epal. Sudah dibuang kulit. Besar. Mesti kenyang.

Apabila dimamah merecik jus buah itu. Meleleh leleh jusnya. Teman in pula sentiasa menyapu mulutnya.

Aku tegur. Kenapa buang kulit.

Dengan pantas dia jawab ada wax. 

Betul epal disalut wax. Kulit nampak berkilat. Epal tahan lama.

Kulit epal ini wajib makan. Pada kulit ada QUERCETIN. Bahan ini penting untuk tingkatkan KUASA MEMORI.

Wax pada epal boleh dibuang. Caranya:

1. Masukkan air suam dalam bekas.
2. Campurkan satu sudu air perahan lemon
3. Masukkan satu sudu baking soda.
4. Gosok perlahan-lahan. Wax akan keluar dengan mudah.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Ngap dengan bangganya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ketahui 7 Kebaikan Bendi Untuk Kesihatan Lelaki

Ketahui 10 Cara Tingkatkan Imun Badan Anak!

Manggis – 9 Khasiat Penting Buah Ini Anda WAJIB Tahu!

Ini 7 Resepi Masakan Guna Garam Celtic Sea Salt

11 Tips Tingkatkan Metabolisme Badan Untuk Kurus

9 Khasiat Daun Pegaga Ramai Tak Tahu

Scroll to Top