Selalu Letih?

Kenapa kita cepat letih atau penat?

Soalan yang lazim diutarakan. Walaupun lepas bangun tidur, letih masih menghurung.

Letih menyebabkan kita hilang tumpuan.

Tidak dapat fokus. Prestasi merudum. Otak lambat dan tidak cermat memproses maklumat.

Bayangkan sehari tanpa letih. Penuh bertenaga. Boleh melakukan banyak tugasan.

Banyak pujian yang akan kita dengar. Kita dilihat lebih efisien.

Ada tiga punca letih:

1- Tidak cukup tidur – rehat yang tidak cukup mengundang kepada letih.

Mengundang kepada sakit kepala, marah-marah serta cepat lupa.

Pastikan cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting.

Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.

Waktu tidur akan muncul ‘makcik cleaner’. Muncul di perut. Namanya melatonin.

Tugasnya mudah. Mencuci. Proses healing semulajadi mengambil tempat.

Andai tidur lewat, ‘makcik cleaner’ ini tidak dapat menjalankan tugas.

Bayangkan tandas yang tidak dicuci seminggu atau dua minggu. Bagaimana rupa dan baunya?

Sanggupkan kita masuk ke tandas sebegitu.

Begitu juga dengan tubuh kita. Perlu dicuci dalam dalam.

Melatonin perlu dibiarkan bekerja.

2- Kekurangan air – apapun kerja kita samada bekerja diluar pejabat atau di dalam pejabat badan memerlukan air.

Air perlu diminum sekurang-kurangnya segelas setiap sejam untuk mengelakkan dehidrasi.

Kekurangan air meninggalkan kesan buruk pada otak.

Otak manusia adalah 80% air. Kurang ambil air sebanyak 2% sahaja beri kesan buruk pada otak. Antaranya:

• lemah konsentrasi
• menjunam short term memory
• menurun tahap alert atau siap siaga

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

3- Alergik makanan – Alergik kepada makanan boleh menyebabkan kita mengantuk.

Sekiranya rasa mengantuk menjadi-jadi selepas kita makan sesuatu makanan, itu menunjukkan sistem dalaman badan kita alah pada makanan tersebut.

Tukar cara pemakanan & kita perlu awasi pemakanan kita.

Boleh boleh ?

Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahaya Kopi Berlebihan Yang Ramai Tak Sedar

5 Kudapan ‘Brain Food’ Untuk Elak Letih di Pejabat

15 Manfaat Teh Hijau untuk Kesihatan & Kecantikan

Persekitaran Tidur: 7 Faktor yang Mempengaruhi Kualiti Tidur Anda

Mikroplastik dalam Otak: Ancaman Senyap untuk Generasi Muda

Snek Kenyang Palsu: Perut Rasa Penuh, Badan Tetap Tertipu

Scroll to Top