Obses atau average

Dua Pilihan: Jadi Obses Atau Jadi ‘Average’

Thomas Friedman kolumnis terkenal New York Times. Beliau berkata, “Today, average is officially over.”

Grant Cardone punya pendapat sama, “Be obsessed or be average.”

Dunia menjadi manusia average adalah dunia masa lalu. Dunia sekarang adalah dunia untuk Standing Tall. Be Seen!

Mungkin ramai tidak mengenali Grant Cardone. Dia tidak terkenal seperti Bill Gates, Jack Ma atau Steve Jobs.

Beliau adalah pemilik 5 firma terkenal di US. Pulangan untung bersih firmanya USD$100 juta setahun.

Beliau digelar 10 CEO terbaik oleh New York Times.

Obses Atau Average
Sumber gambar: https://grantcardonetv.com

Grant Cardone asalnya seorang gagal. Awal usianya dikalungkan dengan label ADHD.

Beliau pencandu Narkoba. Hidup tunggang langgang sehingga berusia 25 tahun.

Grant Cardone imigran dari Itali ini asalnya dari keluarga senang.

Apabila ayahnya meninggal pada ketika dia berusia 10 tahun semuanya berubah. Malapetaka datang bertimpa.

Panas tidak lagi sampai ke petang. Impian memetik bintang hanya menjadi tangan yang cuba menggapai awan. Tetapi tidak kesampaian.

Sejak ayahnya meninggal, Grant Cardone berubah. Dalam kelas dialah pengacau.

Bermulut banyak. Asyik mencari pasal. Perangai berlanjutan ke sekolah menengah.

Beliau bercampur dengan budak budak nakal. Dari hanya menghisap rokok, beliau beralih kepada ganja dan dadah. Semuanya berlaku pada usia 16 tahun.

Obses Atau Average

Pada usia 23 tahun kesan narkoba jelas kelihatan.

Dia cengkung. Muka pucat. BMI lebih rendah dari batas normal.

Grant Cardone tidak punya pekerjaan tetap. Akibat berebut narkoba dia dipukul hampir mati.

Hingga terpaksa terima 75 jahitan.

Kejadian sadis ini masih tidak insafkan beliau. Dia masih pencandu sehinggalah ibunya menghalangnya dari datang ke rumah ibunya.

Waktu itu dia sedar dia perlu dapatkan bantuan.

Dia minta bantuan pengurus tempat dia menjadi jurujual kenderaan.

Masuklah di pusat rehab. 29 hari. Di halau keluar selepas insuran beliau tidak lagi biaya kosnya di situ.

Grant Cardone berkata apa yang sedarkan beliau ialah kata kata kaunselor sebelum beliau keluar.

“Kamu tidak akan berjaya. Penagih tegar yang tidak ada masa depan. Kamu akan mati sebagai penagih.”

Obses atau average

Kata kata itu menyentap hati dan perasaannya.

Beliau marah. Geram. Sakit hati.

Hikmahnya di situ. Kata kata hina kaunselor bangkitkan kembali semanganya. Membakar jiwa anak mudanya.

Beliau ambil keputusan. Bersambung tugas sebagai jurujual. Dengan tekad baharu.

Pada Grant Cardone kekuatannya ialah obses dengan sesuatu.

Beliau obses dengan narkoba sebelum ini. Pada fikirnya dia perlu gunakan kekuatan sedia ada – OBSES.

Pulang ke rumah Grant Cardone termenung. Dicari kertas. Dicari pen.

Obses atau average

Dia mula menulis. Tulis apa yang dia mahu lakukan. Coret apa yang dia mahu capai. Semua dicurahkan.

Dari satu lembaran ke satu lembaran. Idea bertimpa timpa. Seolah air tersekat yang dibuka sekatannya.

Dia puas. Grant Cardone hanya tidur selepas tulis manifesto baharu hidupnya. Seolah mati hidup semula.

Dalam masa enam bulan Grant Cardone menjadi jurujual terbaik tempatnya. Namanya harum. Jualan melambung. Pengurus tersenyum.

Apabila teman dan rakan bertanya apa rahsianya? Jawabnya, “Aku obses dengan sukses!”

Grant Cardone habiskan 7000 jam pada tahun pertama hanya dengar ceramah motivasi.

Obses atau average

Tujuannya untuk bangkit sebagai jurujual tersohor. Genap 3 tahun Grant Cardone dikenali sebagai jurujual paling top di US.

Dia tulis buku 10x Growth. Buat 10x ganda lebih banyak. 10x ganda lebih baik.

Grant Cardone beri pendapat. Ramai punya kuasa obses. Tetapi kuasa itu dialirkan kepada FB, Candy Crush, YouTube dan mengutuk orang.

Sekiranya mereka alihkan obses itu kepada sukses pasti mereka juga millionaire in waiting.

Cuba lihat dalam diri. Kita ini ketagih kepada apa? Cerita politik? Gosip? Drama Melayu di TV?

Atau kita penagih digital. Mengulit alatan digital setiap masa? Mungkinkah kita ketagih pada dunia maya?

Soalnya sampai bila? Adakah obses kita dapat lonjakkan potensi? Atau sekadar menghabis masa tunggu dipanggil Ilahi?

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0