Anak ADHD & Autisme

Bertemu dengan seorang teman.

Beliau banyak soalan sekitar dua fenomena ini.

Keduanya mencabar. Keduanya menuntut sabar.

Anak adalah anugerah Allah. Anak datang bersama amanah.

Namun sabar ini perlu ilmu. ilmu tentang diet.

Ianya perlu kerana kesan makanan pada otak beri natijah pada tingkahlaku.

Impaknya pada cara berfikir.

9 Makanan-makanan berikut tidak membantu otak anak-anak yang ada Attention Deficit Hyper Disorder (ADHD) dan autisme.

Ini hasil kajian. Hasil dari amalan klinikal.

Antaranya ialah :

1. Gandum

2. Jagung

3. Bahan tenusu

4. MSG

5. Gula

6. Makan proses

7. Makanan bergoreng

8. Lemak

9. Minyak jagung, sunflower, safflower, cottonseed, soybean

Perlu cakna pada makanan yang sesuai.

Ujian ALCAT sangat penting. Ia beritahu kesan mineral, bahan kimia, nutrisi ke atas tubuh kita.

Makanan berikut banyak membantu.

Lazimi anak-anak dengan makanan ini:

1. Sayur (kale, bayam, brokoli dan kubis)

2. Berries (blueberries, blackberries, strawberries, raspberries)

3. Avocado dan minyak zaitun

4. Kekacang (walnuts, pecan, badam, gajus)

5. Dhal, hummus

6. Oat (rolled atau regular)

7. Susu almond

8. Kalsium

9. Minyak Ikan / Omega 3

Sila cuba. Nikmatilah hasilnya.

Proses bertukar secara alami.

Bertukar dari susah kepada senang. Dari degil kepada dengar cakap.

Insyaa Allah.

Anak kita tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Scroll to Top