Aku & Tidur

Berpindah ke Canberra untuk PhD. Pindah tanpa rumah.

Pindah dengan tiada pekerjaan. Mendaftar seminggu sebelum krismas.

Ketika itu warga fakulti tengah sibuk. Maklumlah mahu bercuti.

Canberra sunyi. Pelajar Malaysia lebih dari separuh pulang ke Malaysia.

Yang tinggal hilang entah ke mana.

Aku ditempatkan di College of Medicine, Biology & Environment.

Tempat hanya 15 orang. Yang memohon lebih dari 2000.

Aku mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa. Biasiswa tidak cukup. Jadi perlu bekerja.

Berfikir bagaimana mahu mencari kerja.

Ketika menuruni tangga terjumpa iklan sebagai Sleep Scientist di Canberra Sleep Laboratory (CSL).

 

CSL satu-satunya klinik tidur di bumi Canberra. (Sekarang dijenamakan semula sebagai Canberra Sleep Clinic).

Setiap malam akan ada sembilan orang pesakit datang tidur disitu.

Klinik tutup hanya pada hari Krismas. Biasanya kes dari negeri jiran juga dirujuk di situ.

Aku hubungi nombor yang tertera. Bercakap dengan Dr Stuart Miller, Pakar Perubatan Tidur (Sleep Medicine Expert).

Beliau juga pemilik klinik. Beliau jugalah menjadi Penyelia Kedua Tesis PhDku.

Perbualan pendek mengundang kepada jemputan temuduga.

Berbunga hati. Ada rakan sebilik memohon. Tidak diterima. Ini rezeki, fikirku.

Persediaanku agak rapi. Lebih dari lima belas buah buku berkenaan tidur ditelaah.

Hadam betul-betul. Aku sedang mencipta masa depan. Aku bermonolog sendirian.

Temuduga mudah dari disangka. Lebih kepada berbual-bual.

Aku dibawa ke pelosok klinik. Satu persatu Dr. Miller terangkan pada aku.

Di akhir perbualan, Dr Miller bertanya bila mahu masuk kerja.

Dengan pantas aku jawab “whenever you want me to start”. Siap sedia untuk menimba ilmu.

Sejak itu bermulalah kerjaya aku sebagai Sleep Scientist.

Melihat pergerakan gelombang otak adalah antara rutin malamku.

Melihat dan menganalisa orang tidur juga kerjaku.

Pelbagai masalah tidur dihidangkan. Pelbagai karenah perlu dihadapi.

Ada yang seronok. Tak kurang juga menyakitkan hati.

Setiap 30 min perlu buat laporan. Menjadikan malam terasa sibuk. Cepat masa berlalu.

Di CSL aku dan Dr Miller sahaja lelaki. Dr Miller bertugas di waktu pagi.

Aku masuk di waktu malam. Dari jam 8 malam hingga 7 pagi.

Pengalaman di CSL sangat menarik. Di sini belajar pelbagai perkara tentang tidur.

Sebulan sekali ada kursus khas tentang tidur.

Satu hari Dr. Miller tawarkan aku untuk menyediakan perkhidmatan rawatan insomnia.

Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Dengan pantas aku setuju.

Seminggu sekali asalnya memberi perkhidmatan insomnia.

Kemudian bertambah menjadi 2 hari. Tugas sebagai Sleep Scientist masih diteruskan.

 

Sepanjang bekerja di CSL, aku dapati:

1- 30% manusia akan mengalami insomnia pada satu-satu masa dalam hidup mereka.

2- 25% kanak-kanak yang didiagnosakan dengan masalah ADD atau ADHD mempunyai masalah tidur.

Apabila masalah tidur ditangani, hilanglah symptom ADD dan ADHD.

3- Hanya semalam sahaja tanpa tidur yang cukup akan meletakkan tubuh kita pada tahap pra diabetes.

4- Kehilangan waktu tidur sebanyak 1.5 jam menghilangkan prestasi otak sebanyak 32%. Ini serius.

5- Tindakbalas kita menurun mendadak apabila kita berjaga di antara 17-19jam.

Lebih buruk dari orang yang mempunyai kesan alcohol 0.05% di dalam darah mereka.

Ada yang bertanya tidakkah aku juga menerima nasib sama?

Berjaga di waktu malam kerana bekerja. Ya , betul.

Sekarang sudah berbeza.

Bila sudah tahu kesan tidak cukup tidur, diri ini tekad untuk berubah.

 

Apa yang dilakukan? Ikut saja 3 ini.

1- Dapatkan tidur yang cukup. Orang dewasa perlu tidur antara 6-8 jam satu malam.

2- Tidur di dalam bilik yang gelap. Jangan dibawah cahaya lampu.

3- Bila tidur, jauhkan daripada gajet. Kerana gelombang dari phone akan menggangu gelombang otak

Ilmu ini mesti dipraktikkan. Kemudian mesti disebarkan.

Boleh boleh ?

Sihat itu jihad. 

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0