Pagi tadi tengok makanan kucing nak habis.
Kena ke kedailah nampaknya.
Mujur kedai jenis buka awal.
Senang kerja kita.
Kedai runcit ni sebelah dengan kedai makan.
Yang datang makan pun dah ramai. Paling ramai geng veteran.
Masjid pun kat sebelah. Sebab tu ramai geng veteran.
Kedai makan ni jenis tak letak gula dalam minuman.
Dia letak balang gula putih atas meja. Nak banyak mana bubuh sendiri.
Masa dok tunggu pembantu kedai cari makanan kucing, aku perhati gelagat seorang pakcik cedok gula putih masuk dalam kopi o.
Tiga setengah sudu dia letak. Dia kacau. Lepas dia ambil air sesudu dan rasa.
Dia tarik balang gula putih. Buka tudung. Ambil lagi setengah sudu.
Masukkan. Dia kacau dan rasa lagi. Terkecap kecap mulut dia.
Puas nampak muka dia waktu tu.
Lepas tu dia letak sudu atas piring. Bayangkan 4 sudu gula dalam cawan kecil.
Masa sibuk cedok dan kacau dia dok cerita susah tidur sekarang ni.
Tidur asyik terjaga jaga. Tak puas tidur.
Bangun jadi letih kata pakcik tu lagi.
Dia kata balik ni nak baring kejap.
Mungkin qada’ tidur yang tak nyenyak semalam.
Mungkin ramai tertanya tanya apa punca tidur jadi macam tu. orang putih kata broken sleep.
Bahasa sleep sciences ialah sleep fragmentation.
Kerja saya dulu sebagai sleep scientist di CanberraSleep Laboratory (sekarang Canberra Sleep Centre) antaranya ialah lihat, kaji dan analisa impak gangguan tidur pada otak, tingkahlaku dan kesihatan manusia.
Lepas dah tahu baru boleh bantu pesakit yang datang.
Sebab ada data support treatment yang dicadangkan.
Saya teringat kajian dalam 2016. Kajian di muat di Journal of Clinical Sleep Medicine.
Makanan atau minuman tinggi gula putih ganggu tidur.
Gula putih boleh sebabkan tidur kita asyik terjaga.
Pusing kiri akan terjaga. Pusing kanan akan tersedar. Pendek kata tak nyenyak tidur.
Jadi kalau kita mahu tidur nyenyak mudah sahaja.
Jauhkan diri dari gula putih atau saka putih ini. Hapuskan Saka Kristal Putih dari hidup.
Lebih sihat lebih berkat insyaa Allah.