Kenapa Perlu Bersenam?

Bersenam lahirkan hormon penting OTAK – S.E.E.D:

S : Serotonin – penting untuk belajar.

Bantu memori jangka pendek.

Pengaruh serotonin besar pada hidup manusia. Kurang serotonin boleh jadi depress.

Serotonin tempat asalnya di otak.

Tapi ada 400 juta serotonin dalam usus.

Aktiviti senaman penting untuk stabilkan serotonin antara otak dan usus.

E : Endorphine – hormon ‘happy’.

Mood jadi baik. Kita suka. Orang lain pun suka.

Endorphine adalah morfin semulajadi. Hilangkan rasa sakit. 

Mampukan manusia ukir senyum di saat penat dan lelah.

Eksklusifnya endorphin ini keluar pada waktu tertentu.

Salah satunya ialah melalui senaman.

Menariknya senaman ini tidak perlu senaman hardcore.

Senaman ringan sekadar berjalan kaki sudah beri impak hebat ini.

E : Epinephrine – penting untuk fokus dan memory jangka panjang.

Juga dikenali sebagai hormon adrenalin.

Pernah dengar fligh and fight mode?

Di saat kita dikejar anjing contohnya kita berada pada mod flight. Kita cabut lari.

Di waktu kita berhenti dan kejar balik anjing kita berada dalam mod fight.

Emosi yang kuat seperti takut dan marah juga lahirkan hormon ini.

Adrenalin akan dirembeskan ke pembuluh darah.

Apabila masuk ke darah, degupan jantung meningkat, otot jadi kuat dan pembakaran gula lebih baik.

D : Dopamin – Bantu bentuk memori baharu.

Penting untuk tidur, pergerakan, tingkahlaku dan pola fikir, dan baguskan mood.

Kurang dopamin undang bahaya.

Penyakit parkinson adalah satu satu darinya.

Berlaku apabila otak tidak lagi keluarkan dopamin.

Masalah ketagihan dadah juga berpunya dari dopamin.

Dadah sebabkan dopamin kurang dikeluarkan.

Rosakkan reseptor di bahagian otak yang keluarkan dopamin.

Hormon SEED ini penting untuk semua.

Pelajar, ibubapa, orang bisnes dan anda.

SEED yang tidak stabil beri kesan buruk pada manusia.

Apabila stabil nikmatnya luarbiasa.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0