Hujan & Gelombang Otak

Hari ini Kuching dibasahi hujan.

Hujan yang menyantuni bumi Kuching disambut oleh penduduk disini.

Ia menyuburkan bumi Sarawak yang sudah beberapa minggu kering & panas.

Di saat coretan ini ditulis, langit masih giat memuntahkan hasilnya.

Lazimnya, seronoknya di waktu hujan turun ialah tidur.

Ramai yang akan terus menarik selimut.

Bunyi air hujan yang menimpa bumbung rumah atau menimpa bumi seolah-olah lagu indah.

Lagu yang mendodoikan kita untuk terus hanyut dibuai mimpi.

Hujan bukan masa untuk tidur. Masa untuk aktif.

Antara waktu yang mustajab doa ialah di waktu hujan.

Itu antara maksud hadis baginda Rasulullah SAW.

Kenapa waktu hujan itu mustajab doa? Allah lebih mengetahui.

Andai kita telusuri apa yang berlaku pada gelombang otak manusia semasa hujan mungkin ia dapat menghadirkan rasa faham untuk beribadat.

Otak manusia secara ringkasnya ada empat gelombang – Beta, Alpha, Theta dan Delta.

Apabila membaca coretan ini, gelombang Beta sangat aktif.

Mata terlelap bila berada dalam zon theta.

Tidur nyenyak hingga sukar untuk dikejutkan menunjukkan kita berada dalam gelombang delta.

Bila kita berasa tenang, relaks dan fokus, gelombang otak kita berada pada gelombang alpha.

Hujan meletakkan otak kita pada gelombang alpha.

Pada waktu ini, kita lebih kusyuk.

Kalau berdoa ianya akan lahir dari hati. Hadir sendiri. Tanpa dipaksa-paksa.

Doa yang dibaca pada ketika ini mampu menerbitkan air mata.

Kalau mahu kusyuk dalam solat mesti mampu meletakkan otak kita pada gelombang alpha.

Kalau mahu belajar, mesti hadirkan gelombang alpha.

Kondisi yang ideal untuk mempelajari ilmu baru.

Menganalisa situasi yang kompleks, mempelajari bahasa baharu, melaksanakan tugasan yang sukar ialah pada ketika otak mengeluarkan gelombang alpha.

Persoalannya, bagaimana caranya untuk mewujudkan gelombang di saat kita sedar dan bukan di waktu hujan?

Cara mudahnya ialah melalui pernafasan.

Bagaimana caranya akan didemonstrasikan nanti dalam satu video khusus.

Apabila melihat sendiri dan praktis bersama akan memberi impak yang lebih baik.

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0