Kita Adalah Apa Yang Kita Makan

Kenyataan umum. Ada yang bersetuju. Ramai yang nafikan.

Menurut sains 90% dari tubuh adalah sel microbes.

Mudah fahamnya tubuh kita terdiri dari sel. Terikat antara satu sama lain.

Lebih menarik lagi diet kita pengaruhi sel-sel microbes (bakteria dalam usus) dalam tubuh.

Kita adalah apa yang kita makan.

Ada makanan bantu microbes ini. Ada pula yang membunuh.

Apa yang menarik, microbes ini boleh dihidupkan dalam masa 24 jam.

Caranya ialah tukar apa yang kita makan.

Timbul soalan makanan apa yang sesuai untuk microbes dalam usus?

5 makanan berikut penting untuk microbes dalam usus manusia:

1. Pisang – Mampu sihatkan microbes atau bakteria baik dalam usus.

Ia seperti pengaman bangsa-bangsa bersatu.

Bertindak damaikan komuniti bakteria dalam usus yang dikenali sebagai phyla.

Terima kasih kepada kadar magnesium dan potassium dalam pisang.

2. Brokoli – Ada glucosinolates.

Mampu redakan radang dalam usus.

Hilangkan bintik-bintik merah seperti kena cubit itu.

Paling bagus glucosinolates kurangkan risiko kanser pundi, kanser payudara, kanser kolon, kanser perut dan kanser liver.

Bagaimana glucosinolates bertindak? Pernah lihat games Pac Man?

Glucosinolates akan bertindak seperti Pac Man.

Kejar penceroboh carcinogenic keluar dari sistem manusia.

3. Blueberries – Pemilik anthocyanin dan Vitamin K.

Bantu kuatkan memori, sistem imun serta pelbagaikan jenis bakteria baik dalam usus.

4. Kacang kacangan seperti kacang putih, kacang merah dan kacang hitam.

Protein yang tinggi, fiber, folate dan Vitamin B secara terang terangan beri bahagia pada bakteria baik.

5. Tempeh dan miso – keduanya masuk dalam kategori fermented food.

Keduanya akan banyakkan bakteria baik atau microbes ini.

Bantu rawat alergi, diarrhea(ceret beret) dan tingkatkan sistem imun.

Sila cuba untuk baiki jumlah dan kualiti bakteria baik dalam usus.

Pastikan tahap kesihatan usus kita – otak kedua manusia.

Otak kedua baik, otak pertama bahagia.

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0