Terkebil terkebil baca bab ni.
Ada lebih dari 140 kajian. Ni jumlah yang cukup besar.
Kajian kajian lihat obesiti dan kesihatan otak.
Data dan fakta ini buat saya takut.
Kajian dapati bila berat naik, fungsi dan saiz otak turun.
Otak orang obes 8% kurang volume/saiz berbanding otak orang kurus. Otak orang obes jadi kecil.
Tambah risau bila otak mereka 16 tahun lebih tua dari otak orang yang tidak obes.
Maksudnya kalau umur 30 tahun, otak dah macam umur 46 tahun.
Kalau 50 tahun dah macam 66 tahun rupanya otak orang obes.
Tambah takut apabila bahagian yang kena penangan ialah PreFrontal Cortex (PFC)- CEO of the brain.
PFC adalah pusat fokus, short term memory, buat keputusan, analisa dan pertimbangan buruk baik.
Ia juga sistem brek untuk otak manusia.
Bayangkan apabila brek kenderaan tidak berfungsi. Apa akan jadi?
Jom pakat pakat jaga diri. Pesan memesan sesama sendiri.
Macamana pula kesan obesiti terhadap otak anak-anak. Apa puncanya ?
Klik disini untuk artikel lanjut