“Sudah sudahlah besarkan perut” Tu yang saya dengar masa jalan ke kereta. Rupanya students gurau sesama sendiri.
Tapi bab perut ni menarik.
Perut adalah "otak" kedua manusia.
Ada lebih 100 juta sel otak dalam perut. Apa yang masuk dalam tinggalkan kesan pada kedua-dua otak.
Andai kita makan:
1. Pastri
2. Kek
3. Biskut
4. Kuih muih
5. Makanan bersalut gula seperti donut.
Ianya dengan bangga dan gembira jadikan perut kita:
1. Besar
2. Gelebeh
3. Bertingkat-tingkat
4. Wujudkan air terjun ketika mandi
Perut besar punca kepada pelbagai penyakit. Antaranya:
1. Diabetes
2. Strok
3. Jantung
Perut besar juga kecilkan otak.
Sedap makan itu sementara. Derita makan itu lama. Hati-hati ya.