Jadilah Seperti Seekor Katak Pekak

Malam tadi duduk dengan Maryam. Kami sembang. Biasalah seronok sembang anak beranak ni.

Macam macam benda kami sembang.

Dalam dok sembang tu Maryam tanya satu soalan:

“Kenapa ada orang berjaya ada orang tidak?”

Tersentak sekejap dengan soalan ni. Banyak sebab kalau difikirkan. Nak jawab dengan fakta statistik ke? Atau cara mana lebih berhikmah untuk anak umur 14 tahun.

Saya ambil keputusan untuk bercerita. Ini cara terbaik saya fikir untuk beri unsur hikmah.

“Maryam, let me tell you a story” kata saya sambil betulkan duduk sila panggung. Ada gaya gaya macam guru silat nak cerita buah rahsia silat.

‘Ada satu masa ni ada banyak katak. Hampir 10 ekor. Semua ni katak katak remaja.

Mereka ni seronok main. Lompat sana lompat sini. Seronoklah katak katak ni.

Masa asyik seronok lompat ni tiba-tiba katak ni sampai ke satu lubang besar. Dalam juga lubangnya.

Cerita Katak

Seekor katak yang agak senior ni kata jomlah kita lompat masuk dalam lubang ni. Kita main kata dalam ni. Lagi best. Macam boleh sliding sekali.

Yang lain jenguk ke dalam lubang. Nampak tak dalam sangat. “Boleh lah kot” kata salah seekor katak.

Tapi seekor katak yang agak kecil kata ‘macam mana kalau tak boleh naik nanti?” Dia risau.

Katak-katak yang senior dan besar gelakkan katak kecil ni sambil perli perli. ‘Kita ni katak. Boleh lompat. Bukan ular. Apalah kau ni!’

Katak katak lain semua ketawa secara jemaah. Kecuali seekor katak yang ada jalur kuning. Dia diam saja.

Maka lompat turunlah katak katak ni sambil buat macam macam bunyi. Macam budak budak terjun ke sungai gayanya.

Cerita Katak

Katak kecil dan jalur kuning turun juga.

Mereka semua main. Bukan main seronoknya.

Bila dah lama mereka teringat kena balik. Masing-masing pun cuba lompat keluar. Tapi tak dapat. Makin dicuba makin rendah lompatan mereka.

Lihat yang lain lompat, katak jalur kuning pun cuba lompat. Sama macam yang lain. Tak lepas lompatannya.

Masa tula mula dengar kata kata negatif “gerenti tak lepas punya!” Tak dapatlah” “Jangan mimpi dapat lepas”.

Yang lain berhenti lompat. Dah tak kuasa lagi tahan kata kata negatif ni.

“Woi si jalur kuning jangan mimpilah” “sudah sudah kau tu kecil” macam tulah kata kata yang keluar.

Si jalur kuning pandang saja dan terus lompat. Setiap kali dia pandang yang perli dan herdik dia, lagi kuat lompatnya.

Cerita Katak


Makin tinggi. Sorakan kutukan lagi kuat. Dia lompat tinggi lagi.

Yang kutuk hairan. Kenapa si jalur ni tak berhenti lagi. Mereka pun sepakat kutuk kuat lagi.

Pada saat kutukan kuat ni, si jalur pejamkan mata dan kata aku akan ke atas. Dia pun lompat sekuat hati. Tanpa di sangka sangka dia lepas ke atas.

Dia jenguk ke bawah. Yang lain masih dalam lubang. Diam semuanya. Si katak kecil seolah sebut ambil kayu, cari ranting.

Dia pun cari. Dapatkan ranting. Dia bawa dengan susah payah. Ranting ditolak ke dalam lubang untuk buat tangga. Akhirnya katak- katak lain dapat keluar.

Lepas keluar tiada pun datang ucap terima kasih. Katak senior siap cebik bibir lagi.”

Hanya di katak kecil hampiri si jalur kuning ni. Dia tanya “masa dia orang kutuk, perkecilkan dan perli kau, macam mana kau dapat lompat.”

Si jalur pun tunjuk ke telinga sambil bercakap macam orang bisu bercakap.”

Rupanya dia sebut dia pekak. Dia tak tahu apa yang orang sebut. Dia ingatkan orang bersorak. Makin bersemangat jadinya!”

“Maryam” kata saya. Katak ni berjaya sebab dia pekak pada kata negatif, perli dan kata perlekeh. Sebab tu dia berjaya.

Sama macam kita untuk berjaya kita pekakkan telinga ada kata negatif, kata yang perkecilkan kita dan kata kata perlekehkan kita.

Katak yang lain dengar, percaya dan berhenti lompat. Yang pekak teruskan. Sebab dia tak dengar. Macam tulah kita.

Kita dengar yang positif. Yang negatif kita tolak ke tepi.

“Faham ke Maryam?” Dia angguk. Fahamlah tu.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0