7 Tips Ke Bazar Ramadhan

Puasa adakalanya undang puncak rasa.

Makanan dan minuman yang biasa sahaja, namun ketika berpuasa ianya dilihat sedap serta mengujakan.

Mendengar bicara mengenai makanan atau minuman itu sahaja sudah kecur air liur dibuatnya.

Di bazar ramadan ada pelbagai makanan.

Pelbagai warna. Rencam dengan bentuk berbeza.

Aromanya memang memecah selera.

Tidak semua yang dijual sesuai untuk dijamah.

Apabila ke bazar tanpa bersedia kita seolah-olah melangkah ke perangkap.

Terjebak membeli. Dihujungnya derita menanti.

Berikut adalah tips untuk elak terbeli makanan atau minuman yang tidak sepatutnya.

1. Rancang apa yang mahu dibeli dari awal

2. Sediakan wang secukupnya sahaja

3. Beli apa yang dirancang. Yang tiada dalam senarai hanya sesuai dipandang sahaja.

4. Utamakan yang semulajadi. Bukan makanan yang diproses.

5. Elakkan makanan ‘deep fried’.

Ketika perut kosong keradangan disebabkan oleh makanan deep fried melampau bahayanya.

6. Jauhi makanan atau minuman yang diletakkan pewarna.

Ia akan jadi bom jangka mengundang bahaya pada tubuh dan otak.

7. Jauhkan diri dari makanan manis yang bukan manis semulajadi.

Manis yang ditambah. Manis datang dari racun putih iaitu gula.

Tujuh tips untuk bantu jauhi kita dari buat keputusan salah ketika di bazar.

Apabila mahu rancang letakkan matlamat kesihatan di depan.Bukan selera di dahulukan.

Jadikan makanan sebagai ubat.

Bukan ubat sebagai makanan.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0