Pagi tadi cuba resepi baharu. Buat biskut OCOC BISKUT PECAN COKLAT. Guna bahan-semulajadi.
Paling menarik dapat guna produk terbaharu - Gula Kelapa OCOC.
Resepi ini mudah sahaja. Saya buat dengan Maryam.
Ini cara nak didik anak nilai makanan sihat.
Di bawah ini saya sediakan resepi sekali. Nanti kalau birthday anak, atau pasangan tak perlu beli kek lagi. Beralih kepada yang lebih harmoni dengan keperluan tubuh.
OCOC Biskut Pecan ini boleh buatkan bekal untuk anak-anak. Jadikan aktivit baking ini aktiviti keluarga. Baharu ada fun.
Bahan-bahan:
2 sudu mentega dicairkan
1 biji telur
2 sudu gula kelapa,
1 sudu ekstrak vanilla
7 sudu chocolate chips tanpa gula
1sudu mentega
6 sudu tepung kelapa
1 susu serbuk coklat (70% cocoa)
1/8 sudu baking powder
1/8 sudu garam pink
1/4 sudu xanthan gum
1/4 cawan kacang pecan ( atau kekacang lain - ikut selera)
Cara Penyediaan:
Langkah #1: Guna bekas sederhana besar. Masukkan 2 sudu mentega cair, telur, gula kelapa, dan ekstrak vanilla. Gunakan mixer. Pukul hingga naik dan sebati.
Langkah #2: Dalam pan, panaskan 6 sudu chocolate chips tanpa gula bersama satu sudu butter hingga cair.
Langkah #3: Campurkan bahan dari langkah kedua dan pertama. Gunakan mixer. Pastikan adunan bercantum dan menjadi smooth
Langkah #4: Masukkan bahan bahan lain ke dalam bekas adunan campuran langkah satu dan dua. Kacau hingga sebati.
Langkah #5: Letakan adunan dalam freezer. Biarkan 7-8 minit. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
Langkah #6: Sapukan baking sheet dengan butter atau ghee. Ambil satu sudu letakkan atas baking sheet dan bentukkan seperti bentuk biskut.
Langkah #7: Bakar 8-10min. (Biskut masih sedikit lembut apabila dibawa keluar dari oven. Elakkan dari terlebih masak). Biarkan biskut sejuk di atas tray antara 10-15 min. Selepas sejuk bolehlah masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Hasilnya !