“Saya suka coklat. Dalam majalah sebut coklat bagus. Dalam internet pun serupa.”
“Jadi boleh tak saya makan coklat?”
Ini soalan yang selalu dilontarkan. Banyak persoalan tentang coklat.
Coklat yang mana satu yang baik?
Coklat yang selalu terbayang difikiran, selalu kita dengar, atau yang dimakan ialah coklat becampur susu dan gula.
Ada diletak kekacang. Ada ditambah kismis.
Itu yang biasa kita rasa, dengar dan nikmati.
Ada satu jenis lagi iaitu coklat hitam atau dark chocolate.
Biasa diguna dalam masakan. Tidak tertelan kalau diambil langsung.
Persoalannya yang mana satu bagus. Yang sedap atau yang tidak sedap?
Yang bagusnya ialah dark chocolate. Sebabnya:
1. Mengandungi theobromine.
Bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir. Menambah tenaga otak.
2. Tidak mengandungi kafein.
Bagus untuk fokus dan siap siaga.
Kekadang kita terlalu asyik melakukan sesuatu hingga terlepas masa.
Sebabnya ialah munculnya Penylethylamine atau PEA.
Kita jadi leka, asyik dan seronok dengan perkara yang kita lakukan.
3. Ada Anandamide.
Dikenali sebagai ‘feel good chemical’. Kesannya sama macam mengambil ganja.
Ya ganja yang kesannya kepada seluruh otak.
Menyebabkan otak tidak aktif.
Berbeza dengan Anandamide.
Memberi keseronokan dengan mengekalkan otak yang aktif.
Dark Chocolate lebih baik dari jenama-jenama popular coklat di pasaran.
Pilihlah dark chocolate andai mahu makan coklat.
Mahu makan pun mesti belajar.
Jangan bersandar dengan fahaman tradisi semata. Zaman berubah.
Mesti belajar. Usah berhenti belajar.
Ilmu mesti terus dicari dan digali.
Banyak lagi kelebihan dark chocolate. Boleh sambung baca di ococ.my : 7 Manfaat Dark Chocolate Untuk Kesihatan Terbaik