Ramai tahu pada gigi ada plak.
Tidak ramai tahu pada otak juga ada plak.
Namanya amyloid plaques. Seperti gigi, plak di otak perlu dicuci.
Amyloid plaques sebabkan alzheimer dan dementia.
Bahasa mudahnya ialah nyanyuk. Bahasa selalu ditutur ialah tidak ingat. Lupa.
Lupa ada tanda awal. Bermula kecil.
Tertinggal barang. Terlupa meeting. Tidak ingat kumci disimpan di mana.
Jika biar tanda awal bernama Mild Cognitive Impairment ini akan membesar. Merebak.
Otak perlu dibersihkan setiap hari.
Tidur yang cukup bantu bersihkan otak.
Growth hormon akan keluar. Bertindak sebagai cleaner.
Selain tidur 5 herba ini penting untuk menghalang plak terbentuk.
Kerja cuci lebih mudah apabila plak tidak banyak.
Ambil 5 herba ini sebagai pencegahan.
1. Cinnamon – Dalamnya ada cinnamaldehyde dan epicatechin.
Dua bahan yang menghalang terbentuknya protein bahaya pada otak iaitu TAU. Sejenis protein dalam otak.
Protein ini juga penyebab kepada alzheimer.
2. Sage – Ia punyai lebih dari 40 bahan kimia.
Termasuklah “rosmarinic acid” dan “ursolic acid” yang bertindak sebagai antioxidant, antibacterial, antifungal, antiviral dan DNA-protecting.
Sage juga tingkatkan prestasi memori. Lambatkan dan halang proses lupa.
3. Halia – Dalam halia ada 100 bahan kimia.
50 darinya adalah anti oxidant, anti-inflammatory, antiviral, antibacterial, dan antifungal.
Lebih menarik lagi, halia tingkatkan acetylcholine, neurotransmitter penting untuk belajar memori.
4. Rosemary – sarat dengan iron, kalsium, dan vitamin B-6.
Semuanya penting untuk otak. Ia juga anti oxidant, anti-inflamatory.
Bertindak melindungi otak.
Kajian dapati aroma dari rosemary tingkat konsentrasi, prestasi, kelajuan, dan ketepatan proses fikir.
Padanya ada carnosic acid bertindak menghalang radikal bebas.
Pelihara sel otak dari rosak.
5. Kunyit – curcumin dalam kunyit adalah bahan penting untuk otak.
Ia adalah anti oxidant. Anti-Inflammatory untuk sel otak.
Ada kajian dapati curcumin dapat merawat kemurungan, anxiety dan halang otak dari tua.
Untuk menjaga otak, herba dapat membantu.
Hanya perlu tambahkan dalam masakan. Mudah bukan.
Otak kita tanggungjawab kita.