Tahukah anda sekiranya anda stress, anak anda juga akan terkena stress?
Mungkin anda terkejut dengan kenyataan ini. Tetapi itulah hakikatnya.
Bayangkan anda bekerja seharian. Buat presentation. Dikutuk dan ditolak.
Anda tertekan. Anda dapat rasakan takat stress anda meningkat.
Debaran di dada tinggi. Leher terasa sakit. Begitu juga bahu.
Waktu pulang tiba. Anda pandu kereta. Fikiran melayang.
Ingatkan peristiwa pembentangan tadi.
Tiba-tiba terdengar bunyi hon. Bunyi tayar dibrek mengejut.
Anda tersedar dari lamunan dan terus tekan brek.
Darah berderau. Dada berdebar. Bibir jadi kering denga tiba-tiba.
Astaghfirullahal Adzim. Anda lurut dada. Hampir terlanggar kereta hadapan.
Anda terus memandu. Sampai ke tempat asuhan anak anda.
Anda bergegas keluar ambil anak. Dia senyum lihat anda.
Tetapi sekejap sahaja.
Anak anda tiba tiba moody. Merengek.
Aku dah letih ni. Dia buat perangai pula.
mungkin ini bisikan di hati anda.
Kenapa tiba-tiba anak anda berubah? Dia juga stres. Dia dapat rasai perubahan
Jawapannya ada pada kajian yang dilakukan di University of California San Francisco. Prof Wendy Mendes jemput 69 ibu dan anak. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kesemua mereka dipakaikan sensor semak degupan jantung. Sampel air liur diambil untuk kesan hormon stres – kortisol.
Anak-anak mereka ditinggalkan dengan penjaga di bilik permainan. Anak-anak gembira bermain. Ibu ibu juga bahagia lihat anak gembira.
Untuk ibu pula mereka punya tugasan. Keduanya perlu sediakan ucapan 15 minit.
Grup A perlukan bentangkan seorang diri. Tiada penonton. Hanya dinding.
Grup B perlu bentangkan pada 4 orang panel.
Sewaktu pembentangan mereka ditugaskan beri response negatif seperti geleng kepala, buat buat terkejut, beliakkan mata seolah tidak percaya dan bercakap sesama sendir.
Mudahnya tugas panel ialah streskan pembentang. Bayangkan sekiranya anda adalah pembentang itu.
Usai pembentangan kedua kumpulan disatukan kembali dengan anak masing masing.
Inu dari Grup A dan anak mereka keduanya santai dan tiada tanda stres dari sensor serta sampel air liur.
Grup B sebaliknya. Anak mereka asalnya tiada stres.
Tetapi selepas ditemukan, sensor debaran jantung tunjukkan seolah mereka juga stres seperti ibu mereka.
Air liur mereka juga tunjukkan kehadiran kortisol. Tanda mereka juga stres seperti ibu mereka.
Poin dari kajian ini mudah. Sekiranya stres, turunkan kadar stres anda.
Berhenti di mana mana dahulu. Buatkah teknik mindfulness atau ketara sedar.
Ia mampu redakan tahap stres anda.
Nanti kita bincang panjang dalam Neuroparenting nanti. Boleh boleh?