Resipi Sarapan Untuk Pelajar SPM

Pagi esok nak beri sarapan apa? Dah ada plan?

Mahu saya kongsi satu resepi mudah?

Hari pertama berikan sedikit booster. Belanja anak sandwich salmon campur telur.

Resepinya mudah.

Bahan bahan:

1) Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee

2) Dua biji telur direbus

3) Butter untuk disapu atas roti

4) Roti Multigrain

5) Lettuce. Sehelai atau dua helai

6) Timun. Dipotong nipis

Cara cara:

1) Ceraikan isi ikan.

2) Hancurkan telur rebus campur dengan isi ikan. Digaul.

3) Sapu butter atas roti. Letakkan lettuce dan timun.

4) Masukkan campuran isi ikan dan telur tadi. Kalau mahu boleh letak lada hitam.

Selesai menu untuk breakfast. Tutup dengan coco OCOC kalau ada.

Bawa bekal air kosong yang dimasukkan 2 sudu chia seed.

Berikan dia sepotong kecil dark chocolate 70% ke atas.

Masa rehat boleh snacking dengan dark chocolate ini.

Boleh juga ambil buah atau kekacang seperti brazilian nuts.

Elakkan ambil makanan berat.

Boleh boleh? Saya doakan anak tuan/puan peroleh keputusan cemerlang seperti yang dihajati.

Anda Juga Mungkin Berminat

Adakah Gemuk Sebab Genetik?

Perbezaan Aktiviti Fizikal Dengan Senaman

Jangan Tahan Bersin Kerana 6 Bahaya Menanti!

Perubahan Warna Pada Kuku Tanda Risiko Kesihatan

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi ‘Pergi’ Akibat Kanser?

6 Kelebihan Ikan Sardin Untuk Kesihatan Anda!

Scroll to Top
0