Pagi pagi bagus makan avocado. Nak makan terus pun boleh. Nak lenyek atas roti multigrain pun boleh.
Ada pula pisang emas, kurma, mixed nuts dan buah oren. Settle untuk nutrisi pagi. Hanya perlu rebus telur sahaja. Senang juga.
Pisang emas walaupun kecil tapi kaya dengan nutrisi. Dalam kecil kecil pisang emas ada lambakan vitamin C, vitamin A, vitamin B6, folate, fibre dan potassium.
Vitamin A penting untuk kita. Lelaki perlu ambil sekitar 900mcg. Perempuan pula 700mcg dan kanak kanak serta remaja antara 300-600mcg.
Vitamin A ni jaga mata. Dalam dunia hari ni yang bergajet sakan, ambil vitamin A dari sumber asli boleh bantu jaga kesihatan mata.
Masa dalam kelas Biological Psychology/behavioural neuroscience saya selalu pesan pada pelajar pastikan ambil Vitamin A sebab dia akan tukar cahaya yang kita lihat dari mata kepada signal elektrik yang kemudian dihantar ke otak untuk di proses.
Bila otak dah proses maklumat maka akan lahirlah tindakan.
Begitulah.