Elakkan Anak-Anak Ketagih Gajet dengan 4 cara kreatif

Televisyen, gajet, dan permainan video telah mengganti kan aktiviti-aktiviti permainan di luar dan interaksi antara kanak-kanak hari ini. 

Sebagai ibu bapa, perlukah anda rasa bimbang? Jawapannya adalah ya!

Walaupun program di televisyen, permainan video, dan gajet, semuanya penuh dengan aksi, yang mencabar minda, penggunaannya akan menyebabkan ketagihan dan mungkin meninggalkan kesan yang tidak baik pada perkembangan otak anak-anak.

Penggunaan gajet bukan sekadar mengurang kan aktiviti fizikal mereka, tetapi juga menumpulkan kemahiran kreatif dan kemampuan mereka untuk berkongsi.

Pening fikir macam mana nak buat anak-anak lupakan telefon bimbit dan meneroka alam diluar?

Anak-anak lebih terpikat dengan gajet dan cenderung kepada peralatan elektronik berbanding alatan permainan yang sebenar. 

Ini adalah beberapa teknik mudah untuk menjauhkan anak-anak anda daripada gajet.

1. Hadkan Pengunaan Gajet di Rumah.

Kita sendiri berhenti dari menggunakan gajet di dalam rumah sehingga anak tidur.

Buat jadual, tetapkan had penggunaan telefon pada masa-masa yang kita tentukan. Sebab anak-anak akan terikut perlakuan kita sepanjang di rumah.

Anak-anak punya kuasa visual yang sangat luar biasa. Mereka tidak akan dengar apa yang kita cakap, dia akan ikut apa yang kita buat. 

Libatkan diri anda dengan acara santai atau hobi alternatif bersama anak-anak.

2. Ubah Rutin Harian

Apabila kita mula jarakkan penggunaan iphone atau tablet di rumah, kita kena isi dengan sesuatu supaya anak kita tidak rasa kosong. 

Kena wujudkan aktiviti atau cipta hobi untuk anak lakukan. Bila ada hobi baru masa tertumpu ke situ.

Permainan konvensional sangat bagus untuk anak-anak bermain seperti bulding block, alat bunyian, alat mainan berkaitan persepsi visual.

Ini semua boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

3. Banyakkan Aktiviti Di Luar Rumah

Banyakkan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan anaka-anak terperap dalam rumah. 

Bermain di luar akan membantu perkembangan sel-sel otak mereka.

Ketika membesar, mereka memerlukan sentuhan ataupun rangsangan kepada sensori seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh. 

Pada masa yang sama, ia juga membantu membina kemahiran motornya ketika mereka bermain pasir, tanah, berlari tanpa kasut di atas rumput. 

Aktiviti seperti ini sangat bagus untuk tumbesaran anak-anak. Penuhi aktiviti yang anak-anak dapat penuhi masa kosong mereka.

4. Peruntukkan Masa Bersama Anak-Anak.

Banyakkan masa bersama anak-anak. Kena rajin bercakap dengan anak-anak. Banyakkan interaksi.

Apabila bertutur, bertutur lah dengan bahasa yang betul. Ajak mereka berbual. Antara topik yang boleh dibualkan bersama ialah tentang kehidupan seharian mereka berada di sekolah.

Bagaimana sesi pembelajaran mereka. Seronok atau tidak? Ketika ini, kita boleh menasihati mereka jika perbuatan mereka ada yang tidak betul.

Selalu tanyakan soalan kepada anak-anak supaya dia dapat berfikir. 

Benda ini sangat penting untuk memberi kekuatan pada otak mereka.

Natijahnya, penggunaan gajet sangat tidak sesuai untuk anak-anak 

Pastikan anak kita main mainan yang memerlukan pergerakan & strategi. Seperti main ting-ting. Itu adalah contoh aktiviti yang perlu digalakkan semula.

Anak perlu main diluar. Ia akan menggalakkan pembentukan sensori. Aktifkan bahagian otak yang berbeza-beza yang berkaitan dengan sensori.

Apabila sensori aktif, daya fikir anak-anak akan lebih tajam. Pastikan anak-anak tidak hanya duduk di rumah.


Lakukan aktiviti di luar rumah bersama anak-anak. Biarkan anak-anak terus aktif walaupun dirumah.

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top