Bersyukur Dan Otak

 

Pertamanya ucapkan Alhamdulillah.

Bersyukur bukan sekadar lisan. Bersyukur juga bukan sekadar tempelan. Bersyukur ada pelbagai kesan.

Bersyukur menyihatkan badan. Bersyukur mengundang bahagia kepada pengamalnya. Bersyukur nyenyakkan tidur.

Caranya? Tanya seorang rakan kaunselor. Dengan menulis hanya 3 perkara yang kita syukurkan setiap hari selama 21 hari berturut-turut sudah mampu meninggikan tahap syukur kita.

Menariknya ianya kekal selama 6 bulan.

Itu mengikut kajian.

Kenapa berkesan tanya rakan kaunselor yang lain?

Sifirnya mudah. Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia.

Bersyukur mengaktifkan dua bahagian otak yang terlibat memproses emosi, hubungan interpersonal, kepuasan dalam interaksi social, pertimbangan moral, dan kemampuan memahami keadaan mental seseorang.

Bahagiannya ialah anterior cingulate cortex (ACC) dan medial prefrontal cortex (mPFC).

Sebelum tidur malam ini ayuh fikirkan sejenak. Apa yang boleh kita syukurkan pada hari atau malam ini.

Katakan Alhamdulillah.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Gout Datang Mengejut Lepas Berbuka? Ini Rahsia L.A.B Yang Ramai Tak Tahu!

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Scroll to Top