Resepi Jamuan Birthday Anak-Anak

 

Bila anak perempuan tunggal saya Maryam beritahu ada jemputan Birthday Party kawannya, saya meletakkan buku yag berada di tangan. Saya pandang wajah isteri. Kami saling berpandangan sambil tersenyum.

Senyum kerana memikirkan apa yang akan dijamu di majlis itu nanti. Lazimnya yang dijamu adalah gula-gula, coklat bersusu, air berkarbonat, keropok-keropok dan lain-lain makanan ringan.

Semuanya adalah toksid kepada otak serta meningkatkan kadar asid dalam pembuluh darah. Saya bertanya pada Maryam, “siapa yang jemput”. Si A, kata Maryam ringkas.

Saya katakan pada Maryam, boleh Maryam minta nombor telefon ayah atau Ibu A. Ayah dan ibu nak bincang dengan ayan dan ibu A. “Boleh!” balas Maryam.

Perbincangan dengan ayah dan ibu si A ringkas. Saya katakan saya akan siapkan sedikit juadah buat ganti juadah yang bakal mereka hidangkan. Mereka setuju.

Ada dua resepi yang saya dan isteri sediakan. Sesuai dengan umur, otak dan kesihatan anak-anak ini.

Saya kongsikan satu resepi. Saya Namakan Fruity Oat.

Bahan-bahan:

1) Regular Oat – suku cawan
2) Plain Yogurt – suku cawan
3) Susu kambing (serbuk susu yang dibancuh) – suku cawan
4) Buah-buahan segar (mangga, oren, apple, kiwi – jenis dan saiz buah ikut selera masing-masing)
5) Kekacang (badam, cashew atau pistachio – ikut selera dan bajet masing-masing)

Cara-cara:

1) Oat dimasak bersama susu sehingga kembang oat.
2) Sejukkan setelah masak.
3) Masukkan ke dalam blender dan blend. Masukkan buah-buahan ikut selera sebagai pemanis semulajadi.
4) Masukkan ke dalam bekas kosong. Campurkan dengan plain yoghurt.
5) Gaul hingga sebati.
6) Masukkan kekacang ke dalam hidangan dahulu.
7) Masukkan campuran oat dan yogurt ke dalam bekas.
8) Taburkan sedikit buah-buahan di atas bersama kekacang sebagai hiasan (seerti dalam gambar).
9) Boleh dimakan terus atau disejukkan terlebih dahulu.

Kalau kita mahu anak makan makanan sihat, kitalah mesti iktiarkan. Jadi proaktif. Bantu tuan rumah sediakan sedikit makanan tambahan.

Adalah alternatif. Ada masanya ibubapa tidak tahu. Hidup dalam budaya raikan sesuatu mesti dengan kek dan gula-gula.

Sedikit sumbangan mungkin dapat membantu. Berikan kebaikan.

Selamat mencuba.


P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0