Boleh Makan Breakfast Apa Di Kedai Mamak?

Breakfast hari ini kat kedai mamak. Masuk kedai sahaja lihat seorang hamba Allah sedang makan mee segera goreng. Allahu Akbar awal pagi dah ambil ‘makanan’ tinggi bahan kimia.

Kajian dari Baylor University ambil mee segera dedahkan seseorang kepada metabolic syndrome. Apa yang menakutkan ialah lengkali sebut metabolic syndrome dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes dan serangan strok.

Bahaya tu. Wajib dielakkan.

Saya ambil capati, ikan tenggiri, terung dan bendi. Minum? Order mineral sahaja. Balik nanti ambil OCOC.

Capati alternatif yang lebih baik berbanding roti canai. Ia dibuat dari tepung atta. Bahasa Inggerisnya Wholemeal.

Kalau tepung atta dari India ia dihancur guna pengisar dari batu. Dipanggil Chakki. Berbeza dengan proses milling biasa.

Pengisar batu hilangkan kanji hingga 15%. Proses milling pula sekitar 3-5%.

Apa yang menarik pada tepung atta ialah nutrisinya. Tepung ini ada fiber, B vitamins (thiamin, riboflavin, niacin dan folate) dan minerals (iron, magnesium dan selenium).

Mudahnya, lebih sihat ambil capati dari roti canai, roti kahwin atau kuih muih.

Perlu cakna dengan apa yang kita masukkan. Adakah nutrisi atau kita sedang meracuni diri?

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0