Mahu Sukses?

 

Ramai orang dambakan sukses. Persoalannya ialah siapa yang tentukan sukses? Kita atau orang lain. Itu persoalan yang dibangkitkan.

Kalau kita yang tentukan takat sukses itu, maka penggeraknya bersifat dalaman. Ada juga nilai sukses ditentukan oleh ibubapa, keluarga atau masyarakat. Penggeraknya eksternal.

Ada yang beranggapan andai kita yang tentukan, bergerak dari poin A ke destinasi B dan kita berjaya singgah di wilayah B maka itu sukses. Walau kerdil di mata orang. Tetap besar dan bernilai di hati kita.

Kemampuan singgap di wilayah B sudah cukup membuatkan otak merembeskan dopamine, hormon yang memberi rasa gembira kepada kita.

Andai yang sukses yang dicapai hasil dari tolakan luaran samada keluarga atau masyarakat dan ianya bukan dari hati si pelaku, dopamin pasti menyepi. Malu untuk keluar. Walau destinasi berjaya disinggahi.

Teringat akan cerita Richard St John yang menjelajah seluruh dunia menemubual 500 individu yang dinobatkan sebagai penghirup sukses dalam bidang masing-masing.

Antaranya ialah Bill Gates.

Menurut 500 individu ini, sukses adalah kembara dan perjalanan berterusan. Ada persinggahan sementara. Persinggahan yang melahirkan dopamine.

Beliau rakamkan LAPAN kriteria sukses yang dikongsi oleh 500 orang ini. Antaranya (saya kekalkan dalam Bahasa Inggeris):

  • Passion
  • Persist
  • Work
  • Improve
  • Serve
  • Ideas
  • Focus
  • Push

Kalau mahu sukses, 8 kriteria ini mesti disegarkan. Bumikan ia dalam minda. Ikat kemas di dalam hati.

Anda Juga Mungkin Berminat

Berat Naik Selepas Raya? Ini Sebab Kenapa Makanan ‘Sedap’ Boleh Jadi Musuh Tersorok Anda

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Lagu Raya dan Otak: Kenapa Kita Mudah Sebak Bila Mendengarnya?

Biskut Raya Tersusun Cantik Tapi Bahaya Tersembunyi Ini Ramai Tak Tahu

Gout Datang Mengejut Lepas Berbuka? Ini Rahsia L.A.B Yang Ramai Tak Tahu!

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Scroll to Top