Berikan Ibu Rasa Itu

 

Teringat beberapa bulan dulu. Berbual dengan Hafiey. Anak sulung usia 20an.

Saya sedang lalui satu fasa hidup – anak meningkat dewasa. Perhati dan alami anak anak kecil jadi remaja. Kini meningkat dewasa. Beza.

Anak dewasa lain sifatnya. Kita berkawan. Bukan parenting semata.

Yang dikongsi ialah hikmah. Insights. Bukan lagi bersifat disiplin, bersifat suruhan atau bengisan.

Tiada juga bisikan. Cuma pesanan.

Pesan saya pada Hafiey, “You know Hafiey when you’re born you made your mom a mother for the first time. It was a great feeling for her. It’s the highest status she could get.”

“You gave her that status. You provided her with the feelings. You’re the best gift she’s been waiting for.”

“One thing you need to be mindful of Hafiey. Please let her to have the feelings for the rest of her life. Let her wear the crown of a mother till her last breath. And you, be the precious, the gift that she had always wanted till end.”

“You can do it buddy! I’m counting on you.”

Saya tepuk bahu Hafiey. Dia hanya dengar. Angguk.

Mungkin syarahan terbaik pernah saya tuturkan untuk seorang anak.

Apabila anak dewasa, jarak mungkin jauhkan hati mereka dan kita, ibubapa. Saya mahukan jarak mendekatkan. Bukan menjauhkan.

Mahukan mereka terus rasa ber ibu dan berbapa.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti.

Anda Juga Mungkin Berminat

51 Tips Diet Cepat Kurus Update 2025

10 Makanan Harian Yang Boleh Naikkan Kolesterol Tanpa Sedar!

5 Aktiviti Harian Turunkan Risiko Sakit Jantung

7 Nutrien Badan Anda Perlu Selepas Usia 30 Tahun

10 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung Dan Otak

8 Aktiviti Riadah Sihat Untuk Sekeluarga

Scroll to Top