Bahasa & Orientasi Motivasi

 

“Betul ke dengan bahasa yang seseorang guna tu kita boleh tahu orientasi motivasi dia,” begitu soalan yang dilontarkan oleh sahabat lama ini.

Sahabat ini bukan sebarang sahabat. Orang korporat. Bekerja dengan syarikat konglomerat. Bisnes sendiripun tengah ligat.

Hampir 20 tahun tidak berjumpa. Banyak yang dibualkan termasuklah pengambilan staf baru. Topik bual inilah menyebabkan sahabat ini mengeluarkan pertanyaan di atas.

“Ya, dengan bahasa kita boleh mengetahui orientasi motivasi seseorang.” Balasku ringkas. “Bahasa boleh mempengaruhi otak seterusnya menghasilkan tindakan.” Tambahku lagi.

“I like the first part. The language and motivation and behavioral action part. Could you elaborate further?” terpacul soalan seterusnya.

“Ada orang dari gaya dan lenggok bahasanya kita sudah boleh tahu samada dia seorang opsyen atau orang prosedur. Orang dalaman atau orang luaran. Orang umum atau orang spesifik.”

“Kita juga boleh tahu samada dia itu orang proaktif atau reaktif. Samada orang ini fokusnya pada diri sendiri atau orang lain. Orang fikirnya banyak atau emosinya banyak.” Terasa seperti aku sedang bersyarah pula.

Dia mahu dengar. Jadi ku sambung lagi. “Bahasa yang seseorang guna memberitahu kita samada orientasi seseorang itu lebih kepada manusia atau kepada benda. “

Jadi bila mahu mengambil staf lebih mudah untuk kita posisikan staf ini dibahagian yang lebih sesuai dengan personalitinya. Ini contoh ringkas sahaja. Ada lagi.

“Oh begitu ya,” ringkas responsnya. “Tak sangka pula dengan bahasa kita boleh mengetahui personaliti.”

“Macam-mana kaedah untuk mengetahui personaliti?” Jawabku, “Di dalam interview contohnya, akan menjadi mudah kalau kita tahu ilmu ini. Mudah untuk kita ketahui profail orang yang kita interview.“

“Walaupun orang itu cuba menipu, bahasa yang digunakan tetap sama. Hanya cerita sahaja tidak benar. Lenggok bahasa tetap sama.” Sambungku lagi.

“Interesting! Aku suka bab ni,” katanya sambil tersenyum. “Kat mana or siapa boleh ajar benda-benda ni?” Tanyanya lagi. Balasku ringkas, “You are looking at him,” jawabku sambil tersenyum.

“Boleh join kelas BASIC NLP PRACTITONER nanti. Ini program certification.” Jelasku sambil lihat reaksi wajahnya.

“Oooo best best,” kata sahabat. Sambil bertepuk tangan. Sekali nampak macam budak budak nak dapat gula gula. “Macam mana nak daftar?”

“Senang saja bos. Daftar di https://neuroversiti.com/nlp. Mudah sahaja. Details semua di situ. Senang,” kataku sambil tunjukkan website program.

Dia pandang. Baca sendirian. “Ok aku daftar.” Katanya sambil tunjuk insyarat bagus.

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0