Gula Putih Ganggu Tidur Nyenyak

Kesan Makan Nasi Putih, Roti Putih, Kuih-Muih, Dan Makanan Diletak Gula Putih di Pagi Hari

Kajian dari European Journal of Clinical Nutrition. Pengkaji mahu tahu kesan ambil makanan tinggi Indeks Glisemik di waktu pagi kepada sistem kognitif atau berfikir manusia.

Contoh makanan tinggi indeks glisemik di Malaysia ialah nasi putih, roti putih serta yang berperisa, kuih muih dan makanan yang diletak gula putih.

Seramai 40 orang, terlibat. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 ambil sarapan tinggi Indek Glisemik. Kumpulan 2 ambil sarapan seperti sarapan OCOC – rendah Indeks Glisemik.

Ujian kognitif berkaitan working memory di jalankan pada minit ke 35, 90, 120 dan 150. Ujian fokus pula pada minit ke 170.

Pada ujian working memory, peserta diuji dengan maklumat yang perlu dihafal serta diproses. Dalam konteks di Malaysia contohnya seperti hafal ayat suci Al-Quran serta proses tafsir atau asbabun nuzulnya.

Antara lainnya, working memory ini berkaitan dengan membuat keputusan, pertimbangan serta kemampuan mencongak dan mengira di minda. Working memory juga berkaitan kemampuan belajar hal kompleks, pemahaman teks dan karangan serta mengambil nota.

Ujian fokus pula libatkan kemampuan peserta beri fokus serta bertahan folus pada satu satu objek.

Hasil kajian sungguh menarik.

Mereka yang ambil sarapan rendah indeks glisemik seperti sarapan OCOC punyai kemampuan kognitif lebih tinggi. Skor working memory mereka lebih tinggi pada minit ke 35, 90, 120 dan 150. Fokus mereka juga kekal tinggi hingga ke minit 170.

Ini adalah bukti betapa pentingnya sarapan yang betul. Sarapan yang rendah indeks glisemik seperti OCOC lonjakkan prestasi berfikir hingga 3 jam lamanya. Fokus dan konsentrasi terus tinggi.

Cuma soalnya apabila ke sekolah atau ke tempat kerja apa sarapan diberi pada anak-anak atau apa sarapan yang kita ambil? Adakah ianya rendah indeks glisemik seperti coco OCOC atau tinggi indeks glisemik?

Adakah kita mahu jadi orang yang mampu ingat, buat keputusan dan pertimbangan dengan baik atau mahukan anak anak yang faham karangan, matematik, kebolehan ambil nota atau sebaliknya?

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0