Pagi ini jalan perlahan. Guna laluan naik bukit. Nikmati pemandangan dan bayu pagi.
Nikmat. Tubuh rasa sedap. Rasa selesa. Apatah lagi vitamin datang menyapa.
Cuma tinggal 2k lagi untuk cukupkan 8k. Petang nanti sambung sikit.
Begitulah. Ada sasaran kita jalankan. Ada masa kita lakukan.
Masa rasa malas tulah kita sebut “Aahh aku buat sekarang”. Bangun, pakai baju, seluar dan kasut. Terus gerak.
Waktu itu fokus pada pakai baju, pakai seluar pakai kasut. Lepas keluar fokus pada jalan di depan.
Dengan cara mudah ini kita akan hilangkan benih fikir malas yang mahu bertunas.
.