Awas! Kesan Pewarna Tiruan Dalam Makanan Berproses

Dalam makanan ada pewarna tiruan.

Dalam minuman juga diletak.

Semua atas nama artificial food colouring atau food colouring additive.

Antaranya ialah Red Dye #40 yand dikaitkan dengan ADHD.

Mungkin ada yang pernah lihat perkataan E122, E102, E124.

Tetapi tidak tahu apakah nombor nombor ini dan kesannya pada tubuh manusia.

Kesannya pada OTAK menakutkan. Sehingga diharamkan oleh EU – European Nations.

Kajian oleh University of Southampton ke atas kanak-kanak berumur 3, 8 & 9 tahun dapati kadar fokus dan tumpuan merosot.

Bolehkah mereka belajar apabila fokus dan tumpuan terganggu?

Dok belek belek produk. Nak semak tapi banyak guna kod.

Apa maksud kod berlabel E dalam senarai bahan produk makanan?

Kod E boleh dibahagi kepada:

E100s: pewarna makanan

E200s: pengawet, asid

E300s: antioksida, pengawal asid

E400s: pemanis, pengemulsi, penstabil, pemekat

E500s: ejen anti-caking, pengawal asid

E600s: penaik rasa (flavor enhancer)

E900s: pemanis, glazing, foaming, gas

E1000s: lain lain aditif

Kod E100 – E300 yang paling biasa digunakan:

1. E100

Pewarna alami dari curcumin dalam pastri, sos, sup, kuih muih.

2. E101

Vitamin B2 dalam keju proses atau makanan ‘fortified.’

3. E102

Tartrazine warna kuning/oren dalam minuman ringan, makanan bertin, produk daging, kek, biskut, puding.

4. E110

Sunset Yellow FCF / Orange Yellow S pewarna sintetik biasa dicampur dengan E102 dalam sirap kordial. gula gula.

5. E200

Sorbic acid dalam minuman ringan, piza sejukbeku, keju, kek.

6. E211

Sodium benzoate dalam sos botol (E212-E215 dan E218-E219).

7. E223

Sodium metabisulphite dalam sosej dan sos botol (E235, E249, E252).

8. E300

Vitamin C dalam jus buah, roti dan produk dibakar (E302).

9. E306

Vitamin E dalam minyak dan lemak (E307-E310 dan E319).

10. E320

Butylated hydro-xyanisole (BHA) dalam kerepek kentang, pastri, sos botol dan makanan bergoreng (E321).

Nanti kalau tak pasti, google je. Buat pilihan serba bijak.

Berhati-hati dalam beri makan pada anak-anak.

Perlu tahu beza antara racun yang dilabel seperti makanan dan makanan yang betul.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0