Pernah beli makanan atau minuman yang bertulis No Added Sugar, Sugar Free atau No Sugar? Apa maksud disebalik terma dan label begini?
Mari kita telusuri satu persatu.
1. No Added Sugar – Maksudnya tidak ada gula tambahan pada produk. Tidak diberitahu bahawa bahan asasnya terkandung gula yang banyak. Contohnya jus buahan.
Pada jus buahan ada lambakan Fructose. Ditambah lagi dengan pemanis sintetik.
2. Sugar Free -Memberi erti produk tidak mengandungi gula. Tetapi sudah dimasukkan pemanis sintetik. Biasanya nama-nama pemanis sintetik ini adalah perkataan yang susah disebut atau dieja.
3. No Sugar – Produk tidak mengandungi gula. Tetapi diletak sugar alcohol (yang dibuat secara sintetik) dan pemanis tiruan, juga dibangun secara sintetik.
Kesian pengguna. Dimanipulasi. Asyik terkena sahaja.
Bagaimana mahu elak dari terpedaya lagi? Caranya ialah:
1. Baca label
2. Elakkan beli makanan atau minuman yang kandungannya punya perkataan yang sukar dibaca atau susah dieja.
3. Jauhi apabila perkataaan SUGAR berada pada kedudukan 3 kandungan awal.
4. Berhati-hati beli apabila kandungan bahan melebihi 6 bahan. Baca dan faham.
Tips mudah ini untuk disampai dan dipanjang-panjangkan. Sudah lama kita terpedaya.