Manusia Pressure Cooker dan Slow Cooker

 

Amit datang ke bilik. Mahu dapatkan tandatangan. Untuk tambah jumlah kursus yang diambil.

Waktu gugur tambah kursus ramai pensyarah dicari. Ada yang sanggup tunggu berjam-jam depan pintu. Ada yang cari di tempat parkir.

Waktu ini senyuman pelajar manis sekali. Kata-kata lembut. Pertanyaan ‘apa khabar’ sentiasa di mulut.

Punca tidak dapat daftar kursus pelbagai. Punca utama ialah lewat daftar dan kursus penuh. Jadi proses ‘mudah’nya ialah merayu.

Tadi Amit singgah ke bilik. Tujuan sama. Mahu masuk ke kelas yang kuota sudah penuh.

Amit terkejut dengan ungkapan ini ‘banyak manusia sekarang manusia pressure cooker?’. “Apa maksud doktor?” soalnya

Ramai orang tidak mahu upgrade diri. Hidup dalam kepompong sama. Lakukan rutin sama setiap hari.

Seolah dalam auto pilot. Tiada lagi fikir. Semua automatik.

Apabila tiada ilmu atau skil baharu, masalah timbul terus melenting. Terus merudum. Terus timbul rasa mahu bunuh diri.

Macam pressure cooker

Satu lagi slow cooker. Terbakar dan lemas secara perlahan. Hidup dalam sarang masalah. Berselirat.

Apabila sampai masanya, all hell break loose kata orang putih.

Amit hanya dengar. Angguk. Dia soal “doktor kata kat saya ke? Sambil tersenyum.

“Tak ini ingatan untuk diri sendiri. Untuk saya sentiasa upgrade diri. Tidak jadi pressure cooker atau slow cooker.”

“Bab-bab gini dalam kelas kat sini belajar tak?” soal Amit, konfius gayanya.

“Bab ilmu kehidupan begini tidak diajar di dalam kelas kat universiti. Kelas lain. Tempat lain.”

“Jangan pasungkan diri dengan ilmu dalam kelas di universiti sahaja. Itu baharu 30%. Mungkin kurang. 70% atau lebihnya , tu di luar sana,” kata saya sambil tunjuk ke luar tingkap.

Amit angguk. Entah faham entah tidak. Hmmmm.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0