Sukar Ingat Nama Orang?

 

Pagi tadi berbual dengan seorang anak muda. Usia awal 20an. Hebat orangnya.

Wajahnya sentiasa ceria. Kerjanya juga memberi keceriaan pada yang lain.

Dia bercerita tentang betapa ramai orang dijumpainya. Tetapi sukar mengingat nama mereka. Hanya cam muka sahaja.

Fenomena begini “biasa” bagi yang sudah berumur 40an atau 50an. Bagi yang berumur 20an dan 30an apabila tampil bergaya dengan isu mudah LUPA, itu BAHAYA.

Gaya hidupnya MUDAH. Makan apa yang sedap. Minum mesti berperisa.

Tidak kisah ada MSG atau tidak. Tidurnya pula mestilah menjelang dinihari. Membaca pula bukan buku tetapi mukabuku.

Apabila kita juga punya gaya hidup seperti ini, jalan hadapan kitapun akan beralun seperti anak muda ini.

Kita mahu mengundang bahagia dihujung usia. Tetapi yang menjengah adalah derita. Yang bertandang tidak mahu penyakit yang merundung malang.

Biar bahagia sekarang bahagia di hadapan. Biar di hujung masih mampun menguntum senyuman. Tanda tiada penyakit bersarang.

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

Scroll to Top