Beza Otak Pengambil Makanan Sihat vs Makanan Tidak Sihat

Dua gambar imbasan otak ini dibuat gunakan mesin PET. Libatkan dua orang wanita berumur 50 tahun. Keduanya adalah lambang tahap sihat otak berdasarkan cara pemakanan mereka.

Di sebelah kiri adalah otak wanita yang ambil makanan sihat. Beliau banyakkan sayur. Banyakkan buah. Beliau ambil lemak sihat seperti avocado, minyak zaitun dan minyak kelapa.

Bukan itu sahaja. Beliau juga ambil protein dan makanan tinggi fiber.

Disebelah kanan adalah otak pemilik majoriti masyarakat, Wanita ini pemakan diet western. Maksudnya segala makanan dari refined carbohydrate seperti burger, pizza, pastri, kek, biskut, air minuman manis berperisa adalah menu harian beliau.

Diet western ini tidak jauh dari diet orang Malaysia pada ketika ini. Refined carbohydrate di Malaysia ialah nasi putih, kuih muih, mee, roti yang dibuat dari tepung putih. Minuman bersusu pekat lima inci tinggi itu antaranya juga.

Bagaimana mahu faham gambar ini?

Lihat pada warna biru dan merah. Pada keduanya siapa pemilik terbanyak warna biru? Siapa pula pemilik terbanyak warna merah?

Warna biru bermaksud otak tidak aktif. Lembab. Perlahan prosesnya.

Warna merah tandanya otak aktif. Sihat. Kuasa pecutan berfikir lebih baik. Seperti kita lihat kereta formula 1 meluncur laju dalam perlumbaan.

Kajian ini dilakukan di Weill Cornell Medicine, Cornell University.

Mungkin ada yang tertanya tanya apa kesan lain sekiranya kita teruskan diet western campur diet Malaysia?

Makanan Sihat vs Makanan Tidak Sihat

Jawab mudahnya hasil dari kajian ini dan kajian March 23 di jurnal saintifik BMJ Open dan April 16 di jurnal saintifik Neurology tahun lepas ialah Alzheimer. Penyakit ini sebabkan keupayaan otak merosot dengan teruknya.

Manusia mula hilang fungsi manusiawinya. Alzheimer adalah satu satu dari jenis dementia (nyanyuk). Apabila sudah terkena manusia mula lemah dalam pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

Semua yang diatas ini dapat dikawal. Cara mudah, afdhal dan cepat ialah alihkan cara pemakanan. Bukan sahaja cari yang halal. Penting lagi yang Toyyib.

Sekiranya kita mahu derita dihujung usia, susahkan pasangan, jadikan anak-anak bencikan kita, teruskan sahaja dengan diet sedia ada.

Tetapi sekiranya kita mahu sihat hingga hujung usia, getting old gracefully, disayangi, apabila tiada dirindui, kita masih punya masa untuk berubah. Alihkan pola makan.

Tidak sedap, tidak serasi, tidak kena dengan selera hanya mainan minda. Lebih baik lagi ‘tidak sedap makanan’ dari tidak sedap ubatan. Enak lagi apabila tubuh tidak terkena suntikan dan cucukan.

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0