Hari ini 15 Feb genap tiga tahun saya berFB. Dari tidak mahu dan tidak tahu akhirnya ada FB. Walau awalnya berat hati.
Ianya bermula sewaktu saya ikuti program Public Speaking Mastery atau PSM di Langkawi. Program dikendalikan Dato Roslan Ab Hamid. Komen saya usai program ini ialah Gaya, Mutu dan Keunggulan.
Saya ini orang introvert. Tidak berani berada di pentas. Tidak suka jadi tumpuan.
Tetapi waktu itu terasa ilmu Otak Cantik Otak Cerdik atau OCOC ini perlu disebarkan. Jadi cuba cuba bertanya. Kalau kalau ada kosong.
Saya hubungi Datin Ruzita Jaafar. Katanya ada kosong. Masa nak mesej pun tangan dah terketar ketar.
Adat orang bisnes, nama saya terus dimasukkan walau tiada ya lagi dari saya. Selamba jer Datin.
Disebabkan saya introvert, rasa malu nak cancel. Saya ok kan juga. Masuk akhirnya.
Di PSM ramai yang hebat hebat. Bisnes juta juta. Bercakap nangis nangis. Berdegar degar.
Makin kerdil terasa. Ketaran di lutut makin kuat.
Ada yang bertanya apa nama FB? Nak jadi friend.
Saya jawab, tiada FB.
“Aik pelik bin ajaib zaman sekarang tak de FB,” kata beberapa orang peserta.
Dalam hati saya sebut, “Pelik melik. Aku tak minat nak cerita pasal diri sendiri kat orang. Suka hati aaa.”
Dato Roslan kata kena ada FB. Ilmu supermahal tentang otak perlu disebarkan.
Saya tidak tahu pasal FB. Tidak pernah ambil tahu pun. Tambah pula tiada bertunas minat.
Ramai mendesak. Akhirnya saya setuju. Minta Saudara Mohd Faiz Borong China bantu. Dialah buat akaun.
Dalam kepala nak tulis apa? Kalau tulispun siapa nak baca? Ada friend ke nanti?
Inilah soalan bertubi tubi menyergah ke kepala. Anda pernah rasa begini?
Dato Roslan kata tulis tulis tulis. Nanti orang akan baca.
Saya tidak pandai tulis Bahasa Melayu. Waktu itu masih baharu lagi migrate semula ke Malaysia dari Australia. Dalam kepala masih Bahasa Inggeris lagi. Bercakap pun senang keluar Bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu.
Jenuh pedo kata orang utara.
Terpaksalah belajar semula. Merangkak dan bertatih. Analisa cara orang menulis dan cuba ikut.
Bermulalah episod menulis. Dari 15 orang friend, dalam masa dua bulan sudah ada 5000 friends.
Sudah tiga tahun ini, followers di fb profile sudah menjangkau 66,363. Di FB Page ada 41,000 followers. Di Telegram ada 12,890. Di neuroversiti sudah hampir 200,000.
Adakah ini rezeki atau ujian? Allah sahaja yang mengetahui.
Pastinya untuk sampai ke tahap apapun perlukan titik mula. Perlukan kuasa tindakan. Perlukan konsistensi.
Pentingnya network economy.
Kepada yang ‘paksa’ saya buat FB, saya rakamkan jutaan terima kasih. Sekiranya ada kebaikan dari tulisan di FB, saya percaya pahala itu mengalir juga ke mereka.
Suburkan ladang akhirat Insyaa Allah.
Sehingga kini tiada aspek membawang dalam fb ini. Tiada menghina, kutuk atau bajet bagus. Hanya berkongsi ilmu supermahal otak cantik otak cerdik atau OCOC.
Sebab OCOC adalah gerakan gaya hidup. Tampilkan kualiti kehidupan dan kebagusan.
Bermula dari FB, saya berpentas pula. Dari Seminar OCOC, lahir Bootcamp OCOC. Muncul pula Future Brain, Male vs Female, Otak Perempuan Otak Power. Tambah pula dengan Unleash Your Brain Power dan Amazing Brain.
23hb nanti akan berlangsung pula Brain Story -The Power of Story Showing. Boleh daftar di https://neuroversiti.com/product/tiket-brainstory-the-power-of-storyshowing/
Begitulah kehidupan. Sentiasa bergerak.
Dari ilmu pentas, dibawa ke dunia digital. Lahir pula neuroversiti.com. Seminar OCOC dionlinekan. Ditambah pula dengan neuroparenting. InsyaaAllah akan ada neuronutrients pula nanti.
Lahir pula Malaysia Brain Academy. Brain Story dan Amazing Brain adalah program dari MBA. Mahu buat ujian ringkas otak, boleh lawati malaysiabraincademy.com.
Ke hadapan ini Insyaa Allah akan lahir pula OCOC Child Care Centre.
Begitulah kehidupan. Hidup ini mencari untuk berkongsi dan memberi.
Agak agaknya 3 tahun lagi apa yang akan berlaku?