Powerful Drink – Limau Kasturi

Petang ini sediakan powerful drink untuk balik kerja.

Caranya perah limau kasturi. Jus limau kasturi masukkan dalam bekas air.

Letak dalam freezer.

Apabila pulang kerja, masukkan dua atau tiga kiub ke dalam mug.

Tambah air. Letak sedikit madu.

Minum dengan bangganya. Nikmati petang yang menyegarkan selepas itu.

3 SEBAB PERLU MINUM AIR LIMAU KASTURI

Limau kasturi kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh.

Harganya murah. Mudah disediakan. Selain detoks yang baik limau kasturi ada:

1. Phloretin – lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau. Bekal kuasa anti oksida luar biasa.

Nikmatnya nanti ialah awet muda

2. Vitexsin – bahan power untuk darah tinggi dan jantung. Turunkan tekanan darah. Kikis lemak kolesterol jahat.

3. Asid Ferulik – untuk hilangkan kedut pada kulit.

Apabila ke kedai makan, order air ini. Letakkan madu. Nikmat dan khasiat diraih selalu.
23905302_608908569500472_8452573982332966973_n

 

TIPS POWER UP TUBUH

Hasil tangkapan petang tadi. Menangkap di belakang rumah.

Nikmat berbudi pada tanah.

23844480_608908589500470_5119413604207786361_n

 

Limau kasturi atau calamondin dalam Bahasa Inggeris adalah hibrid antara limau nipis dan mandarin.

Dipercayai berasal dari Filipina.

Waktu petang pulang kerja biasanya badan kita lesu. Letih badan undang kita untuk jajan-jajan.

Sambil-sambil itu kita berkafein dengan kopi atau teh tarik.

Kaedah ini undang malapetaka. Beri tiket derita untuk diri sendiri. Cipta masa depan yang sengsara.

Apabila stres kita mula ambil makanan ringan. Stres turunkan Vitamin C dalam tubuh. Badan makin lesu.

Elakkan berjajan dengan ambil bahan natural.

Naikkan tenaga dengan Vitamin C. Ambil limau kasturi.

Boleh cuba di rumah langkah langkah berikut:

23905180_608908586167137_4428866757736929546_n

 

1. Perah limau dalam bekas ais seperti di dalam gambar. Pastikan penuh atau 3/4 penuh

2. Masukkan madu. Gunakan madu stick seperti dalam gambar. Mudah.

16426073_438085123249485_8515082522950343728_n

 

3. Simpan dalam freezer.

4. Apabila pulang ke rumah waktu petang, masukkan ais kiub limau kasturi madu ke dalam cawan.

5. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.

Tak cukup satu letak dua. Tak perlu pening.

Nikmati segarnya. Rasai kuasa limau kasturi. Jumlah Vitamin C dalam limau kasturi mampu cantikkan kulit. Muka jadi glow gitu.

Jangan percaya. Buat jer.

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top