Kelebihan Soba Mee Yang Diperbuat Dari Tepung Buckwheat

Pekena soba mee pagi ini. Soba mee dibuat dari tepung buckwheat.

Apa yang bagusnya?

Dalamnya ada manganese. Ia bekalkan 19% keperluan manganese harian untuk lelaki dan 24% untuk wanita.

Manganese penting untuk hasilkan kolagen. Hadiah alam untuk cantikkan kulit. Manganese juga penting untuk tukarkan makanan kepada tenaga.

Kita akan rasa bertenaga apabila manganese cukup dalam sistem.

Manganese berpusat di pankreas. Organ yang keluarkan insulin untuk stabilkan gula dalam darah. Apabila ada mangenese pankreas gembira. Ada support.

Otak perlukan manganese. Ia akan bersatu dengan neurotransmitter dalam dan lajukan speed otak. Otak jadi power sebab kecepatan berfikir berlaku.

Soba mee juga ada thiamine dan zat besi. Keduanya juga penting untuk otak. Untuk bakar gula dalam tubuh, badan perlukan thiamine.

Kalau ditambah dengan sayur dan telur makin meningkatlah nutrisi dalam hidangan soba mee ini.

Cubalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Scroll to Top