Betul ke Dengki Itu Di Hati?

Dengki punya sejarah lama. Sejarah awal manusia diwarnai dengan dengki.

Habil dan Qabil pelopor ceritera ini.

Dengki sarat dengan negatif. Lihat orang berjaya muncullah rasa dengki.

Dengar anak orang lain berjaya berbenihlah dengki.

Dengki itu rasa. Walau kita beranggapan ia dari hati, pusatnya di OTAK.

Ia bermukim di ANTERIOR CINGULATE CORTEX (ACC).


Dengki ini sakit. Sebabnya?

ACC ialah pusat sakit fizikal. Jatuh motorsikal, patah kaki maka aktiflah ACC.

Tertusuk duri, maka aktiflah ACC.

Jadi DENGKI itu sama sakitnya seperti sakit fizikal.

Cuma tiada luka yang boleh dilihat. Tiada plaster yang dapat menampal.

Jauhi dengki. Parut pada OTAK besar. Ia berulang.

Dengki ibarat ‘kanser’ yang akan beranak pinak jauh di sudut terdalam hati.

Manusia yang jadikan dengki sebagai pendamping hidup.

Hidupnya tak akan pernah tenteram.

Dengki antara penyebab tekanan darah meninggi.

Hormon stress Cortisol membanjiri.

Emosi negatif sebegini boleh diibaratkan sebagai ‘racun arsenik’.

Tubuh hasilkan bahan kimia serupa dengan racun ini.

Kesan bukan saja pada otak. Tapi juga pada kesihatan usus.

Lack of appetite dan nausea antara tanda.

Jagalah hati baik baik.

Isi ia dengan kebaikan kerana kebaikan ibarat boomerang.

Apabila dilontar & dilempar. Pasti akan kembali pada si pemberi.

Anda Juga Mungkin Berminat

11 Makanan Cegah Influenza Secara Semula Jadi

Kurang Minum Air: Bahaya Senyap Pada Otak & Badan

17 Khasiat Goji Beri Untuk Tenaga, Kulit dan Otak

7 Bahaya Kopi Berlebihan Yang Ramai Tak Sedar

5 Kudapan ‘Brain Food’ Untuk Elak Letih di Pejabat

15 Manfaat Teh Hijau untuk Kesihatan & Kecantikan

Scroll to Top