Anda Letih?

Kenapa kita cepat letih atau penat? Soalan yang lazim diutarakan. Walaupun lepas bangun tidur, letih masih menghurung.

Letih menyebabkan kita hilang tumpuan. Tidak dapat fokus. Prestasi merudum. Otak lambat dan tidak cermat memproses maklumat.

Bayangkan sehari tanpa letih. Penuh bertenaga. Boleh melakukan banyak tugasan. Banyak pujian yang akan kita dengar. Kita dilihat lebih efisien.

Ada dua punca letih:

1. Tidak cukup tidur – rehat yang tidak cukup mengundang kepada letih. Mengundang kepada sakit kepala, marah-marah serta cepat lupa.

2. Kekurangan air – apapun kerja kita samada bekerja diluar pejabat atau di dalam pejabat badan memerlukan air. Air perlu diminum sekurang-kurangnya segelas setiap sejam untuk mengelakkan dehidrasi. Kekurangan air meninggalkan kesan pada otak.

Jadi pastikan kita:

1. Mendapat tidur yang cukup
2. Minum cukup air

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Manfaat Belimbing untuk Ibu Mengandung

7 Kebaikan Memiliki Metabolisme Tinggi Terhadap Tubuh Wanita

Ketahui 7 Kebaikan Bendi Untuk Kesihatan Lelaki

Ketahui 10 Cara Tingkatkan Imun Badan Anak!

Manggis – 9 Khasiat Penting Buah Ini Anda WAJIB Tahu!

Ini 7 Resepi Masakan Guna Garam Celtic Sea Salt

Scroll to Top