Nota Neuroparenting: Kemahuan Anak vs Kemahuan Ibubapa

Bagaimana cara nak besarkan anak? Adakah sekadar beri makan, pakai, hantar ke sekolah dan pusat tuisyen memadai? Terlaksanakah parenting?

Soalan begini peningkan kepala. Buatkan kita berfikir sejenak. Buat ramai orang menarik nafas panjang.

Dalam parenting ada pertembungan. Kemahuan anak vs kemahuan ibubapa. Pertembungan ini selalunya undang jeritan, air mata dan sakit hati. Ada ketikanya muncul bibit sesal.

Dalam konteks neuroparenting pertembungan ini dinamakan exploration dan exploitation. Si anak mahu explore. Beda dengan ibubapa.

Kalau ibubapa mahukan anak boleh membaca seawal usia 3 tahun sebab abang dan kakak dapat membaca pada usia itu, ia adalah exploitation. Bertembung jadinya.

Si anak mahu explore. Melompat dan berlari. Memandang ke sana dan ke sini. Pegang, sentuh, bersuara – mengalami dan menikmati.

Ibubapa mahu anak duduk diam. Pegang buku. Atau buat buat latihan.

Mahu cepat boleh membaca. Mahu akademik bagus. Mahu dapat A – ini pengakhiran yang dicari.

Satu soalan terlintas di benak fikir ini. Apabila kita besarkan anak, kita ikut fasa perkembangan sistem biologi mereka, atau kita mahu canaikan mereka ikut acuan kita?

Yang mana satu lebih fitrah dan alami?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Aktiviti Harian Turunkan Risiko Sakit Jantung

7 Nutrien Badan Anda Perlu Selepas Usia 30 Tahun

10 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung Dan Otak

8 Aktiviti Riadah Sihat Untuk Sekeluarga

9 Minuman Sihat Untuk Otak Kekal Cergas Dan Tajam

7 Khasiat Oat Untuk Jantung Lebih Sihat!

Scroll to Top