The Power of Storyshowing

 

Hari ini semester 2 bermula. Semester sahaja baharu. Yang lain sama. Lama.

Dari pensyarah, pelajar, bangunan, silibus, makcik cleaner, semua kekal sama.

Semester baharu ini mungkin ada yang terbangkit semangat penangan keputusan buruk semester lepas. Semangat memuncak. Adakah anda pernah alaminya?

Mungkin juga yang berbenih di fikiran “Ada aku kisah!”. Hidup macam biasa. Tiada perubahan. Masih tidur lewat layan game atau filem Korea.

Semester saya diberi tugasan baharu. Mengajar subjek tentang manusia. Dari belum ada sampai mati. Dari sistem biologi sampai isu isu psikologi.

Cabaran kelas ini ialah waktu mengajar dari jam 5 hingga 8 malam. Agak-agak sesuai atau tidak waktu begini.

Cabaran waktu petang ialah tahap fokus dan energi pelajar. Keduanya berada pada skala rendah. Nampak bantal lebih dari nota lagi.

Tahun 2017 pun kena mengajar waktu-waktu begini. Saya tukar metode pengajaran. Tiada lagi lecture.

Kelas beragam cara penyampaian. Dari storytelling, forum, perbincangan kumpulan sampai ke pembentangan pelajar. Saya sebagai fasilitator sahaja.

Dalam semua kaedah pelajar paling suka Storytelling. Lebih teruja dengan Storyshowing. Terbangkit semua sensori.

Sehingga saya digelar Story Doctor. Saya pun masuk kelas dengan gelarkan diri Hello, my name is Rizal Abu Bakar and I am your Story Doctor.

Petang ini Insyaa Allah guna lagi metode yang sama. Perkenalkan diri cara yang sama. Insyaa Allah bawa kisah Michael Jordan nanti.

Sebelum bercuti ada pelajar bertanya, “Dr Rizal tak buat kelas storytelling?”.

Saya jawab “Ada, 23 Februari nanti. Brain Story – The Power of Story Showing.”

“Oo bestnya. Student boleh join?” Soal pelajar ini beriya.

“Boleh. Dari CEO sampai ke student boleh. Bukan sekadar boleh. Wajib. Ilmu penting,” balas saya.

“Wokay Dr Rizal. Nanti saya register.”

Begitulah penangan Storytelling. Lebih lebih lagi StoryShowing.

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0