Ketagihan Telefon Pintar: Kesan Pada Otak Anak

 

Hasil kajian dapati 79% pemilik telefon pintar periksa peranti itu dalam masa 15 minit bangun dari tidur.

Secara purata pemilik telefon pintar semak gajet mereka sebanyak 34 kali sehari. Ada kajian dapati lebih dari 150 kali sehari.

Teknologi jadi ketagihan. Gantikan dadah. Gantikan makanan.

Ahad malam turun dari pesawat, terdengar seorang anak kecil di dalam stroller minta “Ayah nak handphone”. Si ayah sebut,“Tak boleh bateri nak habis.”

Adakah si anak kecil faham? Tidak. Konsep bateri habis tidak sama seperti makanan dalam pinggan habis dimakan. Sebab bateri secara fizikal masih ada.

Anak tidak faham. Gambaran dalam minda berbeza dengan apa si ayah sebut. Apa berlaku pada si anak?

Suaranya makin kuat. “Ayah nak handphone!”. Mengarah dan mendesak bunyinya. Kenapa?
Sebab cara ini buahkan hasil. Ini namanya learned behaviour. Apabila buat dapat hasil. Maka diulang.

Si ayah ulang ayat yang sama. “Bateri nak habis tak boleh”. Balasan si ayah disambut dengan suara lebih disertai tangisan.

Si anak tingkatkan kaedah persuasive ke level 2. Ini juga learned behaviour. Lebih berkesan.

Apa yang berlaku? “Shhhh malu kat orang. Nanti orang tengok.” Sambil si ayah keluarkan telefon pintar dari kocek dan diserah pada si anak.

Senyuman terus terukir pada wajah si anak. Misi berjaya. Kaedah efektif. Lepas ini guna lagi.

Perkara ini berulang ulang. Pada otak si anak terbentuk jaringan sel otak kaedah ini. Learned Behaviour akan jadi modus operandi yang akan sentiasa diguna. Ini program mindanya.

Lebih menakutkan ialah telefon pintar itu akan paksa keluar dopamin – hormon bahagia dalam jumlah yang banyak. Hormon ini akan sentiasa ditagih. Telefon pintar akan sentiasa diguna. Ini sahaja kunci banjirkan otak dengan dopamin.

Dopamin pada takat yang betul beri bahagia. Hadir kelegaan. Hasilkan senyuman.

Tetapi apabila berlebihan ia jadi ketagihan. Anak mula tiada toleransi. Mengamuk dan bertindak secara fizikal.

Fokusnya pada perkara lain hilang. Minat pada pelajaran mengecil. Keinginan bergaul menguncup.

Sistem komunikasi yang sepatutnya dikembangkan terbantut. Bening emosi yang sepatutnya dikukuhkan juga meruwap hilang.

Apakah ini generasi yang sedang terbina? Apakah ini yang ibubapa mahukan? Apakah ini yang sedang anda lakukan?

Dalam Neuroparenting versi platinum, perkara ini akan dikupas. Cara dan kaedah hapuskan brain hijack akan dibincangkan dalam live webinar.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

Scroll to Top
0