The Hidden Life of Trees

 

Mungkin anda pernah tonton filem magikal. Hutan dan pokok hidup dan berbicara. Kisah pokok berwajah menakutkan seperti filem Harry Potter.

Pada kita ianya adalah khayalan. Tetapi tidak. Bingkisan kajian dari Peter Wohlleben menarik untuk ditelusuri.

The Hidden Life of Trees mengujakan. Mengasyikkan. Mengundang rasa takjub atas dunia ciptaan Allah.

Bayangkan gambar pokok Old Tjikko yang berusia 9,650 tahun. Masih hidup. Kukuh.

Bayangkan aliran elektrik dari akar ke pucuk bergerak pada kelajuan suku inci pada setiap saat. Ya, setiap pohon punya sistem komunikasi sendiri. Mereka berbicara.

Mereka gunakan bau dan rasa untuk berkomunikasi. Bayangkan apabila seekor zirafah memakan pucuk daun acacia, pohon itu keluarkan bahan kimia ke udara sebagai tanda adanya ancaman.

Bahan kimia ini akan berlegar dan bau.

Ini akan sampai ke pohon lain. Apabila terhidu sahaja pohon lain akan keluarkan bahan toksid untuk menghalang daunnya dari diragut.

Bagaimana pula dengan serangga? Menarik lagi cara pepohon tangani isu dari serangga.

Apabila serangga datang memakan daun, air liur yang ditinggalkan akan dirasai oleh pohon itu. Mereka akan keluarkan bahan kimia yang memgundang makhluk pemakan kepada serangga tadi, seperti sesumpah.

Jadi sekiranya serangga itu mendekati lagi, ia akan jadi mangsa kepada sesumpah yang sudah terima undangan akan berlaku pesta serangga di pohon itu.

Hebat bukan? Ini bermakna yang menciptanya lebih hebat lagi.

Pohon juga punya sistem kekeluargaan. Mereka makhluk sosial. Family First and staying connected adalah temanya.

Mereka juga ada dunia WWW. Bukan sistem internet yang kita fahami. Tetapi Wood Wide Web, satu sistem network kompleks pepohon, tumbuhan dan tanah.

Mungkin ada yang akan terkejut apabila kajian Wohlleben dapati pohon yang hidup akan beri makan kepada pohon ditebang, patah atau sakit. Mereka tidak kedekut. Mereka berganding bahu.


Sebab itulah pohon yang tumbuh berasingan dan jauh, mudah ditimpa penyakit dan mati awal. Sama seperti manusia.

Cumanya yang menarik tentang pohon ialah mereka tidak mencantas yang lain. Tidak dengki sesama sendiri. Saling membantu dan menyelamatkan.

Manusia bagaimana?

 

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top