Kelebihan Ubi Keledek

SUPER FOOD

Hari hujung minggu. Pagi masih muda. Baharu sahaja selesai Power Walking.

Singgah di pasar. Sudah semacam rutin hujung minggu. Cari bahan segar.

Seperti biasa gerai UBI KELEDEK disinggahi. Belek. Pilih yang berwarna UNGU.

KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang.

Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.

Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

Vitamin A untuk apa?

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.

Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.

Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.

Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.

Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.


Anda Juga Mungkin Berminat

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Lagu Raya dan Otak: Kenapa Kita Mudah Sebak Bila Mendengarnya?

Biskut Raya Tersusun Cantik Tapi Bahaya Tersembunyi Ini Ramai Tak Tahu

Gout Datang Mengejut Lepas Berbuka? Ini Rahsia L.A.B Yang Ramai Tak Tahu!

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Scroll to Top