Rahsia Gembira Cepat

 

RAHSIA GEMBIRA CEPAT

Gembira bukan setiap hari. Tidak juga setiap masa. Emosi manusia berubah setiap masa.

Petang ini saya mahu kongsi satu tips bagaimana untuk cipta GEMBIRA apabila suasana adalah sebaliknya. Tips ini semestinya hasil dari kajian saintifik. Bukan rekaan.

Tips sebegini hanya dikongsi semasa sesi private coaching sahaja. Tapi untuk hari ini terimalah hadiah BRAIN HACKING OCOC ini secara PERCUMA.

Tips lain dikongsi masa Future Brain nanti.

Kaedah BRAIN HACKING OCOC mudah. Ikut 4 langkah berikut:

1. Ambil sebatang pensil bebasa plumbum

2. Lintangkan pensel tersebut dihadapan mulut.

3. Buka mulut dan gigit secara perlahan pensel tersebut. Tiada cengkaman gigi. Jangan sampai tinggalkan bekas gigi.

4. Buat selama 30-40 saat.

Itu sahaja. Ye ke? Mungkin perkataan ini terlintas di minda. Jangan percaya. Buat sahaja.

Apabila kita menggigit batang pensel yang diletak melintang, kita mengaktifkan otot muka. Otot ini akan hanya aktif apabila kita senyum.

Gigitan yang membentuk rupa seperti tersenyum ini akan menghantar signal ke otak bahawa kita sedang senyum.

Akibatnya? Otak mula merembeskan hormon GEMBIRAnya.

Jadi apabila nak pulang sekolah dengan muka sugul, ambil pensel minta anak buat terapi BRAIN HACKING OCOC ini. Katakan pada anak, cuba senyum. Pasti menjadi.

Oh ya. Boleh juga dicuba untuk En Suami dan Puan Isteri. Jangan PERCAYA. BUAT sahaja.

Boleh tolong SHARE. Biar rakan yang lain tahu. Apabila orang lain GEMBIRA kita akan GEMBIRA sama.

Anda Juga Mungkin Berminat

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Lagu Raya dan Otak: Kenapa Kita Mudah Sebak Bila Mendengarnya?

Biskut Raya Tersusun Cantik Tapi Bahaya Tersembunyi Ini Ramai Tak Tahu

Gout Datang Mengejut Lepas Berbuka? Ini Rahsia L.A.B Yang Ramai Tak Tahu!

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Scroll to Top