Neuromarketing: Memori Visual

 

Ramai tidak tahu sensori manusia juga punya memori. Memori berkaitan dengar namanya echoic memory.

Memori berkaitan visual dinamakan iconic memory.

Keduanya sangat penting dalam bidang marketing. Tetapi terbiar layu di tasik madu apabila iklan dicipta. Tidak diambil kira.

Akibatnya iklan yang dibuat tidak mampu menarik pelanggan.

Duit habis beriklan sana sini. Sales tidak menjadi. Bahagian finance mula cekak pinggang mahu pulangan dari pelaburan.

Apabila buat iklan kita perlu bagaimana otak proses maklumat. Ikut kajian, otak terima 11 juta informasi setiap saat. Dari jumlah ini conscious mind atau minda sedar manusia proses 50 bit informasi per saat.

Perlahan dan sedikit.

Perhatian dari bahagian perlahan dan sedikit inilah yang pengiklan mahu tarik. Bagi mata tertumpu pada iklan yang dibuat.

Disebabkan sedikit otak memilih. Yang betul betul menarik sahaja dia akan lihat. Macam kita juga.

Kalau perlu beli sesuatu yang mahal, kita akan pilih dan perhati betul betul. Kita tidak pilih sebarang.

Salah satu cara untuk tarik perhatian minda sedar ialah teknik attention grabber. Lakukan sesuatu di luar kebiasaan.

Inilah neuromarketing. Fokus pada sistem dalaman manusia untuk lonjakkan sales. Fokus pada sistem otak dan fisiologi manusia.

Berbeda dengan marketing konvensional. Cenderung pada andaian. Senget kepada pendapat.

Esok saya akan berkongsi bab ini di Seminar Usahawan Luarbiasa di SACC anjuran ESQ Malaysia. Saya akan jelaskan di situ.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, Hello future, here we are!

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top