Jangan Jadi Macam Ketam

Hafiey diam. Dengar apabila kalimah, “Jangan jadi macam ketam,” aku tuturkan. Dia seolah memikir.

Mungkin menunggu kata seterusnya dariku.

Hafiey anak sulung. Pulang bercuti dari universiti. Sekarang dia dalam team debat Bahasa Inggeris universiti.

Katanya mahu jadi pendebat ulung.

Pulang kali ini mahu belajar Speed Reading, Power Memory dan B.R.I.G.H.T M.I.N.D. dari program UNLEASH YOUR BRAIN POWER.

“Kenapa dengan ketam?” Soal Hafiey setelah lihat aku diam.

“Cuba lihat ketam. Apabila diletak dalam besen. Setiap seekor akan cuba memanjat.

Mahu keluar.

Yang lain hanya perhati. Apabila seekor hampir berjaya memanjat ke atas, dia akan ditarik turun. Akhirnya tiada seekor pun dapat keluar.” Ceritaku pada Hafiey.

Dia angguk. Aku sambung lagi.

“Hafiey anak sulung. Usah jadi ketam menarik turun adik adik yang mahu berjaya. Tolong tolak mereka ke atas. Tahan mereka dari jatuh.


Biar mereka berada di puncak tinggi.

Hafiey tidak bersaing dengan mereka. Saingan Hafiey adalah diri sendiri. Pesaing Hafiey adalah sifat dengki, malas dan suka bertangguh.”

Hafiey angguk lagi. “What about you?” Soal Hafiey. Mukanya serius.

“Biarlah ayah dan emak jadi bangku. Tempat untuk anak anak istirehat apabila penat. Kalau perlu gunalah kami untuk memanjat.”

Hafiey menelan air liur. Wajahnya ditundukkan ke lantai.

Bahu Hafiey aku sentuh. “As servants of God, we serve. Not to demand. But to give.”

“Hafiey faham?” Soalku ringkas. Hafiey angguk. Tanganku dipegang. Diletak atas kepalanya.

“Give me your blessings dad!” Pinta Hafiey dalam suara menahan tangisan.

Aku angguk. Tiada suara. Biar anggota tubuh berbicara.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Makan Kubis Cina, Tapi Tak Ramai Tahu 13 Nutrien Penting Ini

10 Kebaikan Habbatus Sauda Ramai Tak Tahu

12 Sumber Tumbuhan Tinggi Protein Yang Sokong Tenaga, Otot & Metabolisme Tanpa Bebankan Tubuh

18 Sebab Kenapa Bok Choy Dianggap Sayur Hijau Paling Berkhasiat

Bayam dan Kale: Sumber Antioksidan, Vitamin & Mineral Penting Tubuh

19 Kelebihan Bendi Untuk Kesihatan Tubuh Dari Kepala Hingga Ke Usus

Scroll to Top